



PKR CAMERON HIGHLANDS

Penceramah Jemputan Utama adalah:
1. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu Bekas Timbalan Menteri/ Bekas Ahli Parlimen Kuantan
2. Sdra Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3. Ustaz Ahmad Junaidi Ishak Bendahari Pemuda PAS Negeri Pahang
Tuan/puan adalah dijemput hadir dan kehadiran semua akan memberi sinar baru kepada ruang perubahan DUN JELAI dan amnya PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS.

KUANTAN - Pihak yang mempertikaikan Bajet Negeri 2009 yang merupakan bajet defisit, diingatkan agar tidak risau kerana bajet itu tidak akan menjejaskan Kerajaan dalam usahanya untuk terus membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat jelata. Ketika menyatakan ini dalam ucapan penggulungan bagi perbahasan Bajet Negeri 2009 pada pagi dan disambung semula sebelah petang hari Jumaat, 21 November lepas di sini, Menteri BesarDato’ Seri Adnan berkata : “Janganlah risau dengan bajet kita yang defisit. Kalau ikut pakar-pakar ekonomi, boleh tanggung defisit kalau ianya di bawah

Adnan Yaakob kelihatan berhujah menggulung perbahasan Bajet 2009
Dan setiap kali bajet defisit dibentangkan kata Dato’ Seri Adnan lagi, setiap kali itulah juga kerajaan tetap menyediakan peruntukan tertentu untuk rancangan-rancangan pembangunan negerinya. “Bajet defisit bukan bermakna bajet tidak baik. Kalau negeri Pahang ini kita mahukan bajet yang ‘surplus’ atau bajet berimbang, kita boleh, tapi kita hanya setakat (mampu) membayar gaji pegawai dan kakitangan kerajaan, dan mungkin kita boleh buat satu jambatan, tiga surau, setengah masjid. “Oleh kerana kita tumpukan pembangunan untuk rakyat, maka kita buat bajet defisit (belanja mengurus lebih besar daripada hasil negeri). Dan kita bukan berhutang dengan orang lain. Kita berhutang dengan tok- ayah kita. Kita berhutang dengan tok-nenek kita. “Siapa tok-ayah kita, siapa tok-nenek kita? Kerajaan Persekutuan. Walaupun kita mempunyai hutang lebih RM1.3 billion, semuanya ialah untuk sistem bekalan air dan untuk rumah kos rendah. Ini semua untuk rakyat,” katanya lagi. Apatah pula menurut Dato’ Sri Adnan, Kerajaan Negeri telah banyak berkorban demi negara khususnya dalam bentuk pemeliharaan hutan yang dengan itu dapat menjamin alam sekitar tidak tercemar.
Semua sungai yang mengalir di negeri-negeri yang bersempadan dengan negeri ini seperti sungai-sungai di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu mahupun Kelantan katanya, hulu-hulunya berasal dari negeri ini sendiri.“Ianya berasal dari hulu-hulu di Banjaran Titiwangsa yang letaknya dalam negeri Pahang. Itu sebabnya kita katakan, (oleh kerana memelihara hutan lalu tidak tebang hutan untuk menambah hasil negeri) wajar Kerajaan Persekutuan memberi sedikit-sebanyak kelonggaran kepada Kerajaan Negeri Pahang,”katanya. Kerajaan Negeri juga katanya, tidaklah pula menerima royalti minyak yang jika memperolehinya dengan jumlah RM500 juta setahun misalnya, Kerajaan Negeri bolehlah untuk tidak perlu lagi mengutip cukai tanah sekalipun. Sebaliknya, cukai-cukai yang dikutip ada yang wajib disalurkan kepada Kerajaan Pusat seperti cukai jualan sebanyak RM103.3 juta dan cukai perkhidmatan, RM39.5 juta yang dikutip di negeri ini sepanjang tahun lepas. Dan cukai-cukai ini pula untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini sahaja (Januari – Oktober) katanya, telah meningkat kepada RM123.2 juta dan RM42 juta.
.jpg)
KUANTAN - Buat tahun yang kesebelas berturut-turut Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit. Terbaru, defisit lagi sebanyak RM98.61 juta untuk tahun 2009 yang dibentang pada Sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat 14 November lalu. Jumlah ini menunjukkan berlaku peningkatan defisit sebanyak RM48.25 juta (bajet negeri Pahang 2008 lalu mengalami defisit sebanyak RM50.36 juta). Juga antara negeri yang terbesar angka defisit bajetnya. Untuk pengetahuan semua, pada 2009 nanti tempoh Adnan menjadi Menteri besar Pahang juga ialah sebelas tahun. Ini bermakna, sepanjang beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dari Khalil Yaakob, belum pernah sekali pun bajet yang tidak defisit yang dibentangkan oleh bekas guru bahasa Inggeris sebelum masuk politik itu! Dalam bahasa mudahnya, defisit bermakna pengeluaran wang lebih banyak daripada sumber hasil. Atau wang yang akan dibelanjakan lebih banyak daripada hasil negeri.
Lawan defisit ialah surplus. Untuk lebih memahami lagi tentang defisit bajet Pahang ini ialah, bahawa kerajaan negeri telah gagal menjana hasil atau kewangan atau tidak berupaya mencari sumber-sumber baru kewangan sedangkan belanja yang diperlukan lebih besar dari jumlah angka hasil yang diperolehi. Dengan lain-lain perkataan, kerajaan negeri Pahang yang dipimpin Adnan langsung tidak berupaya menambah pendapatan, selari dengan kewangan yang diperlukan. (Sila klik imej untuk besarkan bukti bajet defisit Pahang itu) Ibarat sebuah keluarga, pendapatan ketua keluarga tidak pernah mencukupi meski pun jumlah anaknya telah meningkat sehingga sepuluh orang. Jika bertambah ahli keluarga logiknya pendapatan ketua keluarga mestilah meningkat. Tetapi si ayah itu gagal dan tidak pernah mencukupi pendapatan untuk membiayai keperluan tahunan keluarga sehingga sepuluh tahun. Bandingan mudahnya, siapa si ayah itu? Dialah Adnan bin Yaakob. Semua orang tahu bahawa orang yang paling berkuasa di Pahang ialah menteri besar dan selepas itu barisan exconya.
Jika Pahang gagal menjana ekonomi, gagal menambah pendapatan atau gagal meningkatkan hasil negeri maka kesalahan seratus peratus seharusnya diletakkan kepada Adnan dan exconya. Itu tidak boleh lari kerana mereka tiada kreativiti dan tidak proaktif meneroka hasil-hasil baru. Termasuk tidak berupaya melihat peluang-peluang industri hiliran dari banyak agensi kerajaan pusat dan swasta yang ada juga gagal menarik pelaburan. Apa sumber asli yang tidak ada di Pahang? Pahang mempunyai sumber kekayaan hutan terbanyak di Semenanjung. Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung. Pahang mempunyai aset pelancongan terkaya di Malaysia. Pahang mempunyai kekayaan hasil bumi dan sejarah yang belum diteroka. Pahang merupakan pintu masuk ke Pantai Timur. Pahang bersempadan dengan kebanyakan negeri di Semenanjung termasuk ibu negara. Dan jangan lupa seorang perdana menteri datangnya dari Pahang dan seorang lagi jika diizinkan Tuhan pula bakal menjadi Perdana Menteri.
Jangan lupa, sebahagian besar tanah Rancangan Felda terletak di negeri Pahang. Sehingga kini Felda kaya raya menjadi badan korporat kedua terbanyak sumber pendapatan selepas Petronas. Tapi Pahang? Negeri Pahang dapat apa? Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di bumi Pahang, tapi kerajaannya? Bahkan berdasarkan bajet yang dibentangkan, hasil kerajaan negeri merosot daripada RM467 juta pada 2008 kepada RM461 juta pada 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM5.18 juta. Berdasarkan butiran yang ada, jadi jelaslah Adnan telah gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Meski pun beliau diakui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang ekonomi, namun begitu sepatutnya sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan profesional yang ada untuk menjana ekonomi. Berdasarkan realiti ini, ada tiga langkah yang boleh menyelamatkan ekonomi Pahang dan rakyatnya.
Kerajaan Pahang akan menggunakan pengalaman pesara kerajaan di negeri itu untuk menjadi penulis blog bagi menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (foto) berkata pengalaman ketika berkhidmat dengan kerajaan boleh membantu mereka menerangkan keadaan sebenar kepada rakyat terhadap sesuatu isu. Beliau berkata mereka juga boleh menyumbang khidmat dan memberi pandangan kepada kerajaan dalam meningkatkan pentadbiran kerajaan negeri. "Walaupun telah bersara, itu tidak bermakna khidmat dan buah fikiran mereka tidak diperlukan lagi, sebaliknya pengalaman yang mereka miliki itu boleh digemblengkan bersama-sama kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat bagi meningkatkan ekonomi, kesejahteraan dan perpaduan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Warga Emas 2008 anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Pahang di sini, Ahad. Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan melantik tiga penulis blog dan mereka akan dibekalkan dengan komputer dan internet di rumah masing-masing serta elaun.
untuk melantik blogger di Pahang. Sepatutnya, beliau perlu mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang agar mempunyai blog peribadi masing-masing. Namun itu tidak dilakukannya, malahan laman blog UMNO www.umnopahang.com.my pun sudah tidak berfungsi lagi sejak beberapa bulan yang lalu. Apa sudah jadi kepada Sharkar? Maka dengan ini, kami menyeru agar Adnan mengarahkan Sharkar Shamsuddin untuk meletakkan jawatannya sebagai exco dan digantikan dengan mereka yang lebih berkelayakan.