PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

22 August 2008

Imam diarah hadir sumpah Saiful



by: Malaysiakini - Jimadie Shah Othman

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

11 August 2008

'Tugas negara' pengundi Permatang Pauh


by Malaysiakini: Athi Veeranggan

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengundi di Permatang Pauh bahawa mereka mempunyai 'tugas negara' kepada keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia,

Sehubungan itu, katanya, pilihanraya kecil Parmatang Pauh adalah bukan mengenai dirinya, tetapi ianya adalah mengenai urustadbir yang baik, pembasmian kemiskinan dan rasuah serta sistem perundangan dan kehakiman yang tidak adil.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat memerlukan kemenangan yang besar untuk mencetuskan perubahan politik di negara ini.

Anwar kemudiannya melancarkan jentera pilihanraya kecil Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara, Shamsul berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pemilik kilang dan syarikat di Pulau Pinang dan Kedah selatan, untuk mengingatkan mereka supaya membenarkan para pekerja keluar pengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, ini kerana hari pengundian jatuh pada hari bekerja dan oleh itu, pekerja perlu diberi masa untuk menunai tanggungjawab mereka untuk mengundi.

08 August 2008

02 August 2008

Najib: BN sukar gugat Anwar


by Jimadie Shah Othman Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut.

"Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.

Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai.

"Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat.

"Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.

Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.

Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.

Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.

"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.

Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:

"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."

Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.

BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.

Umno Kecewa

by Office Boy Tingkat4

Bila pelawaan Umno kepada PAS untuk membentuk satu kerajaan campuran di Selangor dan juga di Perak ditolak oleh PAS, Umno benar benar kecewa.Harapan mereka untuk membuli PAS untuk kesekiankalinya dapat dihidu oleh PAS.

Tajul Rosli bekas MB Perak yang amat ketara terhegeh hegehnya merayu PAS bergabung dengan UMNO demi memastikan kesinambunganya didalam kerajaan Perak. Ir. Mohd Nizar MB Perak dari Pakatan Rakyat ditawarkan jawatan MB jika PAS sudi bergabung.Apa la punya bodoh si Tajul Rosli ni.

Jawatan MB telah dimiliki oleh Ir.Mohd Nizar melalui persetujuan Pakatan Rakyat.Walau pun PAS hanya memiliki jumlahAdun yang minima, tetapi melalui persetujuan dan muafakat antara Pakatan Rakyat, jawatan MB diserahkan kepada PAS melalui perlantikan Ir. Mohd Nizar.Apa lojik yang digunapakai oleh Tajul Rosli untuk menawarkan jawatan MB yang sememangnya di miliki oleh PAS?Adakah Tajul Rosli mengunapakai lojik tempurung lutut?

Tajul Rosli dikhabarkan menangis meratap hiba bila diumumkan kekalahan UMNO di Perak pada PRU12 yang lepas.Beliau diberitakan mengurung diri berhari hari didalam rumahnya.Kekalahan UMNO di Perak tidak dapat diterima oleh lojik akal tempurung lutut Tajul Rosli.Perak adalah milik mutlak UMNO jika mengunakan lojik akal tempurung lutut.Tetapi lojik akal manusia dan ketentuan TUHAN mengatasi lojik tempurung lutut.

Apabila pelawaan Tajul Rosli kepada PAS ditolak secara terang terang, ada kemungkinan Tajul Rosli akan mengurungkan diri sekali lagi didalam rumahnya.Ini kerana Tajul Rosli amat mudah berasa malu apabila gagal didalam sesuatu pekerjaan atau tujuan.Tajul Rosli, dari satu segi masih mempunyai "kemaluan" yang amat dijaga secara teliti.Beliau amat muda berasa malu apabila beliau gagal menyakinkan orang ramai.Sifat memiliki "kemaluan" ini sebaliknya tidak ujud didalam diri Ketua Imam Hadhari Malaysia.

Ketua Imam Hadhari sebaliknya mempunyai sikap yang bertentangan dengan sikap Tajul Rosli.Sikap ini jika diambil pepatah orang dulu dulu adalah berbunyi ; "muka tembok yang ditampal dengan kulit babi".Biarlah apa pun orang kata atau bercakap tentang beribu kesalahan demi kesalahan yang berulangkali berlaku, namun sesiapa yang mempunyai "muka tembok yang ditampal kulit babi" tidak peduli semua itu.Selamba dan terus selamba adalah prinsip yang menjadi pegangan dan amalan.

Berbalik kepada kekecewaan UMNO apabila PAS menolak sebarang kerjasama, maka UMNO diibaratkan orang seperti "jantan sundal gila talak".Selepas tidak dapat memiliki PAS, maka PKR pula akan dikerjakan mereka kerana PAS sedang asyik masyuk dengan PKR.PKR dilihat sebagai dalang disebalik penolakan PAS terhadap UMNO.Mereka menafikan bahawa PAS menolak mereka kerana sikap mereka yang tamak haloba dan suka membuli.PKR melalui Anwar Ibrahim, diaibkan dengan berbagai cara demi memuaskan hati dan merosakan hubungan antara PAS/PKR.Bukanlah sesuatu yang mustahil Anwar akan ditangkap dan diaibkan sekali lagi demi meruntuhkan hubungan yang mempunyai kekuatan diantara PAS/PKR melalui Pakatan Rakyat yang juga di anggotai oleh DAP.

Episod demi episod yang jika dahulu kita seringkali lihat didalam filem hindustan era Rishi Kapoor, kini diputarkan kembali, cuma berlainan aktor.Aktor filem versi Malaysia ini hampir semuanya dilakunkan oleh pegawai pegawai tinggi kerajaan BN.Sudah tentunya filem ini diarah dan diolah skripnya oleh kepimpinan tinggi kerajaan BN

P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos


by Malaysiakini

Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rabu depan.

Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota parlimen kawasan itu hari ini daripada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut laporan Bernama, Kamaruzaman berkata bahawa mesyuarat itu nanti akan turut menetapkan tarikh mengeluarkan writ pilihanraya, tarikh mengeluarkan notis pilihanraya dan daftar pemilih yang akan diguna pakai pada pilihanraya kecil tersebut.

Dr Wan Azizah, presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai membuka laluan kepada suaminya, yang juga penasihat parti.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Mac lepas, beliau memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388.

01 August 2008

Jadual Dato' Seri Anwar Ibrahim Sepanjang 1-8 Ogos 2008

By Anwar Ibrahim

Tarikh: 1hb. Ogos 2008 (Jumaat):Program Lawatan ke Negeri Perak

Masa Aturacara:
10.30pm ~ 11.30 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana Menuju Putrajaya di Padang Awam Kg Selekoh(Tempat Ceramah)Bagan Datoh

Penceramah:
Madzi Hasan, Haji Ismail Yusop, YB Dr Lee Boon Chye, Mustaffa Kamil Ayub, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi:
En. Madzi Hasan Tel: 019-2327473 & En. Sham Tel: 014-3223012


Tarikh: 3hb. Ogos 2008 (Sabtu) : Program Lawatan ke Negeri Pulau Pinang

Masa Aturacara:
9.00pm ~ 11.30 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana Menuju Ke Putrajaya
Di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, Pulau Pinang

Penceramah:
YAB Lim Guan Eng, YB Azmin Ali, YB Datuk Seri Wan Azizah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi:
En. Rozi Tel: 019-5252552


Tarikh: 5hb. Ogos 2008 (Selasa): Program Lawatan DSAI ke Negeri Pahang

Masa Aturacara:
10.30pm ~ 11.30 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana di Markas Cegar Medang
(Tempat Ceramah) Benus,Bentong

Penceramah:
YB Choong Siew Onn (DAP, Dato Tuan Ibrahim Tuan Mas (PAS), Mustapa Kamil Ayub, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi:
En. Ram Tel: 017-9708423 & En. Nizam Tel:013-3970011


Tarikh: 7hb. Ogos 2008 (Khamis): Program Lawatan DSAI ke Negeri Selangor

Masa Aturacara:
10.30pm ~ 11.30 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana di Taman Medan Petaling Jaya
(Tempat Ceramah) Jalan PJS 4/19, Taman Medan off Jalan Klang Lama, Petaling Jaya

Penceramah:
YB Haniza Talha, YB Hee Loy Sian, YB Sivarasa, YB Azmin Ali, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi:
Puan. Lateefah Koya Tel: 012-3842972


Tarikh: 8hb. Ogos 2008 (Jumaat) : Program Lawatan DSAI ke Negeri Kelantan

Masa Aturacara:
10.30pm ~ 11.30 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana di Stadium Sultan Mahmood ke 4
(Tempat Ceramah) Kota Bharu Kelantan

Penceramah:
YAB Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Turut akan dihadiri oleh Menteri -Menteri Besar Pakatan Rakyat

Untuk Dihubungi:
YB Baihaki (Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan) Tel: 019-9598181 & En. Hj Wan Zul
Tel: 019-9240148