PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

Showing posts with label KeADILan. Show all posts
Showing posts with label KeADILan. Show all posts

22 August 2008

Imam diarah hadir sumpah Saiful



by: Malaysiakini - Jimadie Shah Othman

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

11 August 2008

'Tugas negara' pengundi Permatang Pauh


by Malaysiakini: Athi Veeranggan

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengundi di Permatang Pauh bahawa mereka mempunyai 'tugas negara' kepada keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia,

Sehubungan itu, katanya, pilihanraya kecil Parmatang Pauh adalah bukan mengenai dirinya, tetapi ianya adalah mengenai urustadbir yang baik, pembasmian kemiskinan dan rasuah serta sistem perundangan dan kehakiman yang tidak adil.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat memerlukan kemenangan yang besar untuk mencetuskan perubahan politik di negara ini.

Anwar kemudiannya melancarkan jentera pilihanraya kecil Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara, Shamsul berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pemilik kilang dan syarikat di Pulau Pinang dan Kedah selatan, untuk mengingatkan mereka supaya membenarkan para pekerja keluar pengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, ini kerana hari pengundian jatuh pada hari bekerja dan oleh itu, pekerja perlu diberi masa untuk menunai tanggungjawab mereka untuk mengundi.

22 July 2008

Semangat Rakyat di Kg Razali, Kuantan, Pahang


by: Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ribuan berhimpun di Kampung Razali, Kuantan untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya turut tegaskan adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan institusi kehakiman kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sudah enam kali sampel diambil sepanjang saya dipenjara. Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup dan boleh digunakan walau untuk tempoh 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya!

Usah zalimi rakyat tanpa bicara! Jangan paksa pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Keresahan semakin membelenggu bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat rakus kuasa sanggup memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

19 July 2008

Keajaiban Sistem Perundangan Di Malaysia


by Office Boy Tingkat 4
KES 1:

PENGADU:
Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23thn, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Dato' Seri Anwar pada 26 Jun lalu. Kes ini mendapat liputan meluas semua media samada dalam atau luar negeri.

YG DITUDUH:
Dato' Seri Anwar Ibrahim, 62thn, telah di tangkap dan di tuduh di bawah seksyen 337A kanun keseksaan. Dibebaskan tanpa dilepaskan dari pertuduhan.

KES 2:

PENGADU:
Raja Petra membuat akuan berkanun yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra Kamarudin ditangkap atas tuduhan memfitnah dibawah seksyen 500 kanun keseksaan.

YG DITUDUH:
Masih bebas bershopping.

PERSOALAN:
1) Kenapa pihak polis masih gagal mengeluarkan salinan repot yang berharga RM2 pengadu kes liwat kepada tertuduh? Adalah menjadi hak tertuduh untuk mendapatkan salinan repot tersebut. Hak ini dinafikan. Ada kemungkinan salinan repot ini akan diubahsuai selepas pihak polis meneliti keterangan tertuduh kepada pihak polis.

2) Altantuya telah terbukti mati dengan cara pengeboman C4. Panggillah pakar dari dunia mana pun, Altantuya memang telah mati. RPK berkeyakinan ada pengaruh atasan yang memungkin Altantuya dibunuh sebegitu rupa. RPK kemudian membuat akuan bersumpah atas keyakinan beliau. Tertuduh tidak pula ditahan untuk siasatan lanjut, malahan pengadu pula yang ditahan reman.

Adakah ini ulangan kes Tan Sri Rahim Thamby Chik dan YB Lim Guan Eng dimana RTC sebagai OKT bebas, manakala LGE yang membela mangsa rogol yang memang terbukti telah dirogol, telah dipenjarakan.

Pelik dan ajaib hukum kanun Malaysia.

Foram Kaum Cina di Ringlet, CH pada 12 Julai 2008





Foram yang bertajuk "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA" bermula pada pukul 8.30 hingga 11.30 mlm dengan dihadiri lebih dari 300 orang masyarakat di sekitar CH bertujuan untuk memberi penerangan situasi politik semasa dan prinsip perpaduan kaum di Malaysia.

Ahli foram adalah terdiri dari:
1. YB Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden KeADILan Malaysia, Ahli Parlimen Gopeng, Perak
2. YB Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai, Perak
3. Sdr Tan Wei Mun, Exco AMK Pusat

Pengerusi foram adalah:
Sdr Syamsul Arman bin Yap, Setiausaha KeADILan CH

Anjuran oleh:
1. Cawangan KeAILan Ringlet
2. Cawangan KeADILan Kg. Raja
3. Cawangan KeADILan Tanah Rata

18 July 2008

Anwar: Jika Polis Profesional, Kes Ini Ditutup


Jumaat, 18 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 17 Julai (SK): Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yakin tuduhan yang dibuat ke atas beliau oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak berasas sama sekali sekiranya pihak polis menjalankan penyiasatan kes dengan professional dan telus.

“Jika polis menjalankan siasatan secara professional, kes ini tutup,” tegas beliau disidang akhbar pertama di rumahnya selepas dibebaskan pada hari Khamis pukul 9.40 pagi atas jaminan polis.

Beliau ditahan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu kira-kira pukul 1 tengahari dan terus dibawa oleh pasukan polis seramai 20 orang ke IPK KL untuk mengambil mengambil keterangan beliau.

Polis dijangka mengambil keterangan dari Anwar sekali lagi pada 18 Ogos ini di IPK KL pukul 9 pagi.

Anwar juga turut menyelar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin di atas sikap angkuh dan kenyataan beliau yang dianggap satu pembohongan.

Mohd Bakri sebelum ini memberi gambaran seolah-olah Anwar enggan ke IPK setelah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sebelah pagi hari beliau ditahan.

“Bakri bercakap dengan penuh keangkuhan seperti Ketua Polis Negara pada 1998.
“Sebagai pegawai kanan polis beliau tidak boleh berbohong setelah pihak kami memberi perakuan kepada polis untuk datang ke IPK memberi keterangan,” kata Anwar lagi.

Mengenai pengambilan DNA beliau, Anwar berkata pihak polis sudah pun mengambil sampel darahnya secara paksa dari simpanan Hospital Kuala Lumpur pada 1998.

“Saya enggan memberi sampel darah saya kepada polis atas nasihat peguam dan pakar perubatan.

Pagi Rabu lalu Anwar memberikan keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan laporan polisnya pada 1 Jun terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar mengemukakan kepada BPR keterangan dan semua bukti berhubung dakwaan pemalsuan, melenyapkan fakta dan pemalsuan laporan doktor forensik yang dakwa beliau didalangi oleh Abdul Gani dan Musa.

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.

17 July 2008

Sidang Akhbar DSAI


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), yang ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) yang juga Presiden PKR, ketika mengadakan sidang media di rumah beliau di Bukit Segambut, hari ini.

“Perkara paling mudah dilakukan ialah memberikan (sampel) DNA dan biar pakar melakukan ujian ke atas sampel itu kerana DNA tidak menipu, kenapa perlu bimbang? Biar mereka siasat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Bhairan Soalnya ... berapa banyak kali mau bikin, siapa yang bikin dan mau bikin apa dengan DNA?

Menurut DS Anwar, ada pihak yang sengaja mencipta bukti berdasarkan kejadian pada tahun 1998, Menurutnya .....

Anwar told a press conference at his home that he believed fabrication of DNA evidence was possible because of the 1998 false allegation of sodomy and because his accuser (Mohd Saiful Bukhari Azlan) was still under police custody.

“I have my reasons, based on the advice of my lawyers and local and foreign DNA experts. My DNA sample is already with the police. Secondly, the accuser is in police custody. Anything can happen. Why the need for DNA from me?

“In the 1998-99 case, the blood sample was forcefully taken from HKL on the instruction of Musa Hasan, according to the testimony of Dr Zahari. There was an attempt to fabricate. When we exposed it, the charge was withdrawn,” he said. - NSt

09 July 2008

Siri Jelajah Anwar Ibrahim: 10-12 Julai 2008


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3,
47410 Petaling Jaya, Selagor Darul Ehsan.
Telefon: 03-78850530 Faks: 03-78850531 Emel: biropen@gmail.com
Website: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadialan.com

Siaran Media
9 Julai 2008

Siri Jelajah Anwar Ibrahim: 10-12 Julai 2008

Berikut adalah butiran Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah pada hujung minggu ini(10-12 Julai):

Negeri Sembilan
Tarikh: 10/7/2008, Khamis
Tempat: Dataran Muhibah, Kg Ismail Batu 2, Jalan Pantai, Seremban
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), YB Dato Kamaruddin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
Untuk Dihubungi: Sabaruddin 017 246 2237, Chai 016 6313232

Negeri Kelantan
Tarikh: 11/7/2008, Jumaat
Tempat: Putik, Pengkala Chepa
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), YB Datuk Husam (Adun Kijang), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)

Negeri Kedah
Tarikh: 12/7/2008, Sabtu
Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Senator Zamri Yusuf, Ustaz Azizan (MB Kedah), Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

02 July 2008

Konvensyen Orang Asli Negeri Pahang

Posted by Tuan Haji Suhaimi Said at 12:20 AM - Ketua Penerangan KeADILan Perhubungan Negeri Pahang.

Konvensyen ini akan diadakan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidil Adha, dan akan diadakan di Kg Pian, Kuala Krau.

Persediaan:-
Semua bahagian-bahagian PKR Negeri Pahang dimana wujudnya perkampongan-perkampongan Orang Asli di Bahagian masing-masing dipinta menyediakan fakta-fakta berikut:

1. Jumlah dan nama Kampong
2. Jumlah penduduk
3. Keluasan kawasan perkampongan
4. Keluasan kawasan ladang/pertanian
5. keluasan kawasan Rizab
6. keluasan kawasan Rizab tetapi tidak digazetkan
7. Masalah-masalah yang telah dan sedang menimpa penduduk Orang Asli
(a) pencerobohan keatas tanah
(b) projek tsk/tsb yang dimajukan oleh Risda
(c) perumahan
(d) pertanian
(e) persekolahan
(f) masalah kesihatan
Maklumat diatas hendaklah terlebih dahulu dapat dikumpulkan dan dibentangkan didalam msesyuarat khas Biro Penerangan Negeri, satu Jawatankuasa Bertindak untuk penyediaan Konvensyen dan perlantikan Jawatankuasa untuk penyediaan Memorandum.

Ambil maklum bahawa Orang Asli di Negeri Perak (48,000 orang) telah berjaya mendapat kelulusan dari MB Perak untuk pengeluaran geran keatas tanah adat, dan kerja-kerja mengukur tanah sedang dijalankan oleh pihak Kerajaan Perak.

Nota:-
Kesemua Jawatan Kuasa Bahagian CH, Ketua Cawangan - SILA AMBIL TINDAKAN

28 June 2008

Beban Baru Rakyat Malaysia


by Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali
Tidak sampai sebulan kita digemparkan dengan kenaikan harga makanan asasi utama Malaysia iaitu beras, pada petang semalam, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat lagi satu kejutan kepada rakyat Malaysia tentang kenaikan harga baru bahan bakar dan tarif elektrik di negara ini. Kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah negara sebagai negara pengeluar minyak bagi saya adalah tindakan yang kurang wajar. Jika dibandingkan harga bahan bakar di negara jiran yang lain hanyalah RM3 seliter bagi negara yang tidak mempunyai telaga minyak, manakala Malaysia yang dilimpahi dengan minyak hanya kurang 30sen sahaja untuk seliter. Apa yang dikesali daripada kenaikan harga baru bahan api ini adalah akan memberi kesan dan impak yang sangat mendalam kepada golongan yang berpendapatan sederhana, dan apatah lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya sangat sedih dan kesal dengan keadaan yang berlaku pada hari ini, kerana saya sedar akan kesusahan dan keperitan yang bakal dialami oleh golongan-golongan tersebut.

Malangnya saya rasa bagi rakyat Malaysia kerana mendapat tamparan hebat seperti ini, dan apatah lagi kenaikan-kenaikan harga bahan api secara mendadak ini berlaku pada zaman Pak Lah iaitu sejak tahun 2004, dari harga seliter petrol RM1.37 ke RM2.70 pada tahun 2008. Dalam masa hanya empat tahun harga minyak telah naik hingga RM1.33, (sila rujuk graf di atas).

Saya amat yakin selepas kenaikan harga minyak ini akan disusuli oleh kenaikan-kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan, dan ianya berlaku di luar kawalan kerajaan. Keadaan ini hanyalah akan membebankan lagi rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada golongan yang berpendapatan sederhanana dan rendah. Sebagai contoh harga tiket bas, teksi, bahan runcit dan sebagainya kerana semua ini memerlukan bahan api untuk proses penghantaran dan sebagainya.

Subsidi juga diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kepada pemilik-pemilik kenderaan mengikut katagori. Walaupun subsidi ini diberi, manalah cukup untuk menampung kenaikan-kenaikan harga barang lain yang akan naik pada masa yang terdekat ini, malah ia juga tidak mencukupi untuk menampung bahan api dalam masa setahun. Hakikat ini perlu difahami oleh kerajaan bahawa bukannya semua rakyat Malaysia hidup mewah, malah ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang dhaif, kais pagi dan petang utk makan malam.

Apa yang dirunsingkan selepas ini adalah para menteri akan berkata "UBAH GAYA HIDUP ANDA". Setiap kali harga bahan bakar, barang-barang keperluan naik, rakyat dengan secara automatik tanpa disuruh terpaksa mengubah corak dan gaya hidup mereka kerana terasa bebanan yang amat sangat, dari gaya hidup memakan ikan segar kepada ikan kering, dari motor tukar naik basikal dan berjalan kaki. Adakah ini semua pernah dilalui oleh menteri-menteri??? Adakah mereka pernah merubah gaya hidup dan selami penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang dan juga bahan api ini???.

Apakah ini "hadiah" kemenangan UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Malaysia selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu?? hadiah seperti ini jugalah pernah diterima oleh rakyat Malaysia sebelum ini, tetapi malangnya mereka belum sedar. Kalaulah ini merupakan "hadiah" dalam pilihan raya yang lalu, cubalah kita fikirkan... berbaloikah kepercayaan dan undian yang telah kita berikan kepada mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Marilah sama-sama kita membuat perubahan dan saya rasa ianya masih belum terlambat...