PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

02 June 2008

Buku terbaru MSO di pasaran


Oleh MSO
Ahad, 01 Jun 2008: klpos.com

SYUKUR Alhamdulilah buku baru saya; Jalan Pintas Ke Putrajaya: Anwar Perdana Menteri Dalam Pernantian hari ini sudah mulai beredar di pasaran.

Bagi mereka yang membuat pesanan menerusi internet akan menerima buku masing-masing selewat-lewat Selasa hadapan. Proses pengeposan sudah pun dilakukan sejak selalam.

Terima kasih kepada 100 pemesan awal yang mendapat harga pra cetakan, RM15.00. Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak ramai pemesan kerana ia terhad kepada 100 pemesan awal sahaja.

Harga di pasaran ialah RM19.90. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang boleh dapati di kedai-kedai buku terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.

Terima kasih di atas perhatian dan sokongan anda dengan membaca buku tulisan saya. Untuk pengetahuan buku ini adalah buku saya yang ke 50 dan yang pertama untuk tahun ini. Selamat membaca! - MSO

Pukul Pemuda, Tindakan Polis Melampau - Suhakam


Jumaat, 30 Mei 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Parlimen, Selangor & Putrajaya
KUALA LUMPUR, 30 Mei (SK)- Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia, Suhakam hari ini mengecam tindakan ganas pihak polis ketika tercetus pergaduhan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda yang berusia 21 tahun telah mengalami kecderaan yang teruk apabila dipukul oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersenjatakan cota dan perisai.

Persuruhjaya Suhakam, S Subramaniam dalam sidang akhbar di ibu pejabat Suhakam disini, 30 Mei lalu, mempersoalkan bagaimana seorang remaja yang tidak mampu mengacam nyawa anggota polis boleh dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh kumpulan anggota FRU terbabit.

Mengulas tindakan kejam polis di kejadian berkenaan, Subaramaniam berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan pendekatan tindakan sedemikian walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak.

“Ketika menjalankan tugas, mereka perlu mesra hak asasi dan kekerasan yang digunakan tidak mewajarkan (tindakan mereka). Jika polis mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut, maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera,” katanya lagi.

Beliau menambah, adalah “tidak masuk akal” bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk “merasa terancam” oleh empat remaja yang tidak bersenjata.

Subramaniam, bagaimanapun berkata, sehingga kini pihak polis masih tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai mereka yang cedera dan dimana anggota polis tersebut dirawat.

Chang Jiun Haur, yang berada dalam sebuah kereta bersama adik perempuannya dan dua orang lagi, didakwa telah diheret keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya dan ditendang dan dipukul bertubi-tubi oleh 20 anggota FRU yang bersenjatakan cota dan perisai.

Dia kemudian, telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di muka dan bahagian lain di badannya.