PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

22 July 2008

Semangat Rakyat di Kg Razali, Kuantan, Pahang


by: Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ribuan berhimpun di Kampung Razali, Kuantan untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya turut tegaskan adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan institusi kehakiman kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sudah enam kali sampel diambil sepanjang saya dipenjara. Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup dan boleh digunakan walau untuk tempoh 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya!

Usah zalimi rakyat tanpa bicara! Jangan paksa pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Keresahan semakin membelenggu bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat rakus kuasa sanggup memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

Gagal kes mahkamah, kerajaan Pahang akan 'disita'?


by: Basiron Abdul Wahab

Mohd Fadly Ramli - Naib Ketua Pemuda PAS Pahang berkata, kerajaan Umno Pahang serta Terengganu dan Perlis adalah antara kerajaan negeri yang bergegar selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurutnya, kerajaan Umno di Perlis, Terengganu bergegar apabila berlaku krisis pertukaran menteri besar manakala kerajaan Pahang bergegar dengan krisis dalaman Umno yang membawa kepada peletakan setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

Selain itu, kata Fadly kerajaan Pahang juga digegarkan dengan isu perbicaraan kes saman membabit kerajaan Negeri dengan sebuah Syarikat Pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd.

Menurut Fadly, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengeluarkan perakuan perintah untuk amaun penghakiman terhadap kerajaan Pahang pada 7 Mac 2008 yang lalu berdasarkan peghakiman di Mahkamah sama bertarikh 25 Mei 2007 telah dihakimkan kepada defendan (kerajaan negeri dan pengarah perhutanan Pahang) supaya membayar kepada Plantif (Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd) sebanyak RM37,127,471.60 dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Dicember 2000.

Jelas Fadly, Plantif telah berjaya di dalam samannya di Mahkamah Tinggi Kuantan dan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap defendan dan kini sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di negara ini.

Fadly yang juga merupakan seorang peguam bagi Plantif berkata, pihak plantif dijangka akan memfailkan saman untuk menyita kerajaan negeri Pahang jika gagal membayar amaun yang telah diputuskan itu.

Katanya jika kerajaan negeri Pahang disita ia adalah kes yang pertama di dunia apabila kerajaan disita atas perintah mahkamah.

"Saya telah berbincang dengan beberapa peguam mengenai kes berkenaan (untuk menyita kerajaan Pahang), dan ada peguam berpendapat ia boleh dilakukan manakala ada juga peguam berpendapat tidak boleh.

"ini adalah kes pertama di dunia yang membabit kerajaan disita atas perintah mahkamah," katanya ketika berceramah pada 'Program Bersamamu' anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dekar sini baru-baru ini.

Dalam ucapan sama Fadly berkata, Umno sudah berada di penghujung kuasa apabila melakukan pelbagai perkara yang mendukacitakan sama ada dari segi politik mahu perundangan.

Dari segi perundangan umpamanya, kuasa yang ada telah disalahguna untuk melindungi pemimpin parti itu dimana jika membabit pemimpin Umno tidak meneruskan pendakwaan seperti di dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Rompin yang mencabul seorang wanita beberapa bulan lalu.

Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan atas alasan wanita berkenaan telah menarik balik balik laporannya sedangkan di dalam perundangan tiada istilah kes ditarik balik.

Menurutnya di dalam undang-undang ada seksyen tertentu di mana perempuan berkenaan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu terhadap ahli parlimen Rompin.

"Kenapa mereka tidak mendakwa perempuan berkenaan di bawah seksyen berkenaan,"soalnya. - mks. _