PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

30 May 2008

24 May 2008

17 May 2008

MESYUARAT PKR CAWANGAN KG. SEGAMA, SUNGAI KOYAN, KG. KELEDEK, BUKIT BETONG DAN SG ULAR

Mesyuarat Pertubuhan Cawangan dan Perlantikan Jawatan Kuasa setiap cawangan di atas telah ditetapkan seperti berikut:

1) Pertubuhan Cawangan Kg. Segama
Tarikh: 17 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 3.30pm
Tempat : Kedai IKNP, Kuala Medang, Raub
PIC: Sdr Omor Ali Osman, Tel: 012-9516453

2) Pertubuhan Cawangan Sungai Koyan
Tarikh: 18 Mei 2008 (Ahad)
Masa: 2.30pm
Tempat: Markas / Bilik Gerakan Pilihanraya PKR Kg. Keledek
PIC: Sdr Halil Sharif, Tel: 019-9916362

3) Pertubuhan Cawangan Kg Keledek
Tarikh: 18 Mei 2008 (Ahad)
Masa: 3.30pm
Tempat: Markas / Bilik Gerakan Pilihanraya PKR Kg. Keledek
PIC: Sdr Abdul Razak Yahya, Tel: 019-9916362

4) Pertubuhan Cawangan Bukit Betong
Tarikh: 18 Mei 2008 (Ahad)
Masa: 4.30pm
Tempat: Markas / Bilik Gerakan Pilihanraya PKR Kg. Keledek
PIC: Sdr Abdul Razak Yahya, Tel: 019-9916362

5) Perlantikan AJK Cawangan Sg. Ular
Tarikh: 18 Mei 2008 (Ahad)
Masa: 5.30pm
Tempat: Markas / Bilik Gerakan Pilihanraya PKR Kg. Keledek
PIC: Sdr Mohd Noh Desa, Tel: 019-9916362

12 May 2008

5 JANJI SAYA



Matlamat Dan Asas Perjuangan Politik Parti KeADILan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.
Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :
1. Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;
2. Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
3. Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
5. Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
6. Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
7. Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
8. Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
9. Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
10. Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
11. Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
12. Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
13. Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
14. Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
15. Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
16. Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
17. Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.

10 May 2008

MESYUARAT PKR CAWANGAN RINGLET, TANAH RATA, BRINCHANG & KG RAJA

Mesyuarat perlantikan jawatan kuasa setiap cawangan di atas telah ditetapkan pada 11 Mei 2008 di Ringlet, Tanah Rata, Brinchang dan Kg Raja.

1) Cawangan Ringlet
Masa: 11.00am
Tempat : Evergreen Villa, Ringlet, CH
PIC: Sdr Tan Lai Sing, Tel: 019-5745833

2) Cawangan Tanah Rata
Masa: 2.00pm
Tempat: Pusat Khidmat PSM, No. 65-B, Persiaran Camelia 3, Tanah Rata, CH
PIC: Sdr Mani Thamikko, Tel: 016-4141125

3) Cawangan Brinchang
Masa: 4.00pm
Tempat: Papillon Inn, Room 23, No. 15B, Jalan Angsana 1, Brinchang Point, Brinchang, CH
PIC: Sdr Narasimman Naidu @ James, Tel: 013-5206439

4) Cawangan Kg. Raja
Masa: 6.00pm
Tempat: Pusat Khidmat PSM, No. 65-B, Persiaran Camelia 3, Tanah Rata, CH
PIC: Sdr Thiraviyam, Tel: 019-4232282