Suara KeADILan
KUALA LUMPUR, 6 Jun – KeADILan hari ini mengalu-alukan kemasukan bekas Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dato’ Dr Haji Mohd Adam Harun serta bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Mentakab Dato’ Mat Lazim Derani, Kata Setiausaha Agong KeADILan, Dato’ Salehuddin Hashim
Selain dengan kemasukan dua tokoh itu kedalam KeADILan, Salehuddin turut mengumumkan lapan perlantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi memperkemaskan agenda baru.
Menurut Sallehudin perlantikan berkenaan ianya akan memantapkan lagi agenda pemerkasaan parti di setiap peringkat.
“Dengan adanya suntikan tenaga baru ini dan berbekalkan pengalaman dan komitmen mereka akan memantapkan lagi agenda pemerkasaan parti di semua peringkat demi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia,” katanya.
Berikut adalah tokoh yang telah dilantik untuk menjawat jawatan MPT
1. Dr Mohd Noor Manuti, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau akan bergiat semula dalam Majlis Pimpinan Tertinggi selaku Penyelaras Dasar Parti.
2. Nordin Hj Mahmud, bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Beliau dilantik sebagai penyelaras kepada bekas guru-guru Melayu bagi pihak Parti.
3. Nik Mahmood Nik Hassan, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan.
4. Syed Shahir Sy Mohamud, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga merupakan Ketua Bahagian Kelana Jaya.
5. Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Selangor yang juga merupakan Ketua Bahagian Penaja Kota Raja dan bekas Timbalan Setiausaha Agung. Beliau menjawat jawatan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.
6. Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor yang juga merupakan Ketua Bahagian Petaling Utara merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.
7. Dato’ Yeop Adlan, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ahli Lembaga Disiplin Parti.
8. Low Chee Chong, bekas Timbalan Setiausaha Agung.
06 June 2008
Himpunan Rakyat Negeri Selangor “Menuju Harapan Baru”
Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)
Permit: LULUS
ISU-ISU:
1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT
Penceramah:
YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)
Hubungi: Razali 016-2611389
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)
Permit: LULUS
ISU-ISU:
1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT
Penceramah:
YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)
Hubungi: Razali 016-2611389
Subscribe to:
Posts (Atom)