PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

24 October 2008

RM3.5Billion Duit Kerajaan Dipindahkan Ke CIMB Bank?

by Reformis Melayu

Sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana Ekonomi kita akan terjerumus kemelesetan yang teruk andai Umno kekal memerintah, dan jangan terkejut jika dana Pencen Pesara pun akan dihanguskan, Ya! Anda terkejut tiba tiba Najib mengumumkan dia menyuntik 5 billion ringgit duit EPF sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat. Tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum umat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan (Kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan RM3.5Billion duit kerajaan yang didepositkan di dalam Bank-bank komersial di malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak. Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru?

Dua hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Seorang pegawai bank negara telah mendedahkan kepada saya ketika pertemuan pada hari raya, di kalangan pegawai pelaburan bank bank Komersial dan Bank Negara juga tertanya-tanya mengapa Kerajaan memindahkan begitu banyak wang. Ada yang berkata kalau mahu dikatakan mahu membayar bonus kakitangan awam ia telah dibuat lebih awal, jadi apa yang tergesa-gesa Kerajaan pindahkan wang kepada CIMB Bank?

Tidak cukup dengan memindahkan RM3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik ke dalam ValueCap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan? Saya meminta mana-mana yang terlibat dengan Bank Negara boleh mengesahkan berita ini. Pada saya , saya memperolehi berita ini dari orang yang amat dipercayai. Transaksi itu telah dibuat pada 29.9.2008.

APAKAH USAHA MENYELAMAT PELABURAN CIMB BANK?

Untuk pengetahuan sebelum menjadi Bank, CIMB adalah sebuah syarikat pelaburan yang terkenal dengan nama CIMB Investment bank. Syarikat ini fungsinya sama dengan ECM Libra yang pernah dikaitkan dengan Khairy di mana pernah bercita-cita menjadikan ECM Libra sebagai sebuah bank komersial melalui penguasaan Avenue Capital. Sejarah itu nampaknya berulang. Kini giliran Kroni dan sanak-saudara bakal PM membolot segala harta dan hasil mahsul Kerajaan dan rakyat.

Selain Public Bank melalui Public Mutual, CIMB antara pengurus dana Amanah yang terlibat dalam pelaburan dalam luar negara dengan saiz yang besar, pernahkah kita dengar pelaburan dana Amanah telah dibuat CIMB di pasaran di luar negara? Malah CIMB menjanjikan pulangan melalui Fix Deposit khas untuk pelaburannya di pasaran luar! Ia baru dilancarkan hampir 2 tahun lalu, jadi apakah tujuan duit dialirkan ke CIMB, apakah untuk mempertahankan Portfolio pelaburan CIMB yang hampir muflis?

Malah melalui ValueCap sudah pasti pelaburannya nanti akan menjurus kepada sokongan saham-saham yang dipegang oleh CIMB Unit Trust. Boleh dikatakan selepas pilihan raya semua saham mewah seperti Tenaga Nasional, Telekom dan Maybank nilainya 40% daripada harga sebelum Mac 2008. Malah saham saham sederhana kini sudah ke tahap 1/3 dari nilai harga sebelum Mac 2008.

Apakah Value Cap akan digunakan untuk melonjakkan harga Saham yang dipegang CIMB lalu CIMB akan menjual pegangannya seperti mana dilakukan Temasek kepada Maybank dengan menjual BII untuk melepaskan pegangannya dalam BII yang berhadapan dengan risiko., lalu yang hangus adalah duit EPF rakyat, apakah Value Cap tidak mengambil iktibar menghanguskan duit amanah pencen pada tahun 2003? Anda boleh melihat pendedahan bagaimana 10billion digunakan Value cap dan kini hasil pelaburannya kita tidak tahu hangus ke mana? Pendedahan ini telah dibuat di dalam blog Lim Kit Siang pada tahun 2003 bagaimana dana pencen digunakan.

Pada tahun 1992 Mamak Keling Nor Mohd Yaacop telah menghanguskan 10Billion duit Bank Negara melalui scandal pelaburan matawang asing, apakah sekali lagi Mamak ini bersama pembunuh Altantuya akan sekali lagi menghanguskan duit Rakyat? Pada tahun 1992 Malaysia bernasib baik kerana Anwar berjaya mengawal kerugian yang besar yang telah dibuat Nor Mohd Yaacop, malah pada tahun tersebut Ekonomi Malaysia boleh diakatakan kuat, tetapi kini Ekonomi kita dalam keadaan lemah. Malah kita diasak dengan kemelesetan Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah Malaysia mampu bertahan dengan menghanguskan berbilion-billion lagi duit rakyat.

Amerika Syarikat yang membelanjakan US 700billion masih tidak mampu mengubah pasaran sahamnya, inikan RM5billion. Sekurang kurangnya Amerika membawa usul menggunakan 700billion Dollar ke dewan rakyat dan senatnya, tetapi Malaysia hanya sesuka hati tanpa dibawa ke Parlimen menggunakan duit Rakyat. Lebih jelasnya duit simpanan hari tua rakyat. Saya percaya 5 Billion ini bukan satu satunya dana yang digunakan oleh Kerajaan Umno Malaysia. Dalam diam mereka kini berusaha memperkudakan pelbagai dana Kerajaan seperti PNB, KWAP dan Tabung Haji.

Andai Kerajaan Malaysia tidak ditukar dalam waktu terdekat, maka tunggulah saat kehancuran ekonomi Malaysia. Tanda-tandanya anda dapat lihat, semalam Cuepacs telah mendedahkan 50,000 pekerja Kontrak Kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka. Jumlah ini bukan sedikit, di kalangan sektor perkilangan waktu kerja mereka sudah dipendekkan kepada 8 jam dan menantikan 5 bulan lagi sebahagian besarnya akan menutup operasinya. Dan apakah bayaran untuk kakitangan awam dan warga pencen tidak lagi dibayar mengikut jadual?

Mungkin rakyat Malaysia menunggu saat kehancuran itu baru mahu turun ke jalan raya, di saat kehancuran Ekonomi itu Anwar Ibrahim pun tidak mampu melakukan apa apa dalam tempoh yang singkat. Maka bersedialah andai Malaysia menjadi seperti Indonesia 5 tahun dulu. Sekurang-kurangnya indeks pasaran Saham Indonesia jauh lebih tinggi dari Malaysia jika dibandingkan 10 tahun dulu.

Andai Kerajaan tidak bertukar, tunggulah saat kehancurannya, Petani , penoreh getah dan penanam sawit sudah melalui merasainya, kini sektor perkilangan , swasta dan Kerajaan menunggu giliran.

Lawan tetap Lawan


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
LAWAN TETAP LAWAN

Zalim: Sejarah Tersingkap, Almarhum Sultan Pahang Pernah Terlibat Bebaskan Tahanan ISA !!

by Pahangdaily

Dalam posting saya yang lalu bila mengulas keprihatinan Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenaan nasib mangsa-mangsa banjir saya menyebut di penghujungnya: Mengikut sejarah pernah ada Raja Melayu yang terlibat dalam membebaskan tahanan-tahanan politik semasa zaman penjajah dahulu. Insyallah saya akan berikan faktanya dalam posting yang lain. Sebenarnya ketika itu saya teringat ada membaca berkenaannya dari salah satu buku karangan Allahyarham Ahmad Boestamam, cuma saya tidak pasti Raja Melayu yang manakah yang dimaksudkan. Sebentar tadi saya memunggah kembali buku-buku Allahyarham Pak Boes yang ada dalam simpanan saya, ternyata ia dirakamkan dalam salah sebuah bukunya iaitu “Tujuh tahun malam memanjang” (ketiga-tiga karangan besar Pak Boes boleh didapati dalam buku besar terbitan UKM: “Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan darah dalam api”).

Raja Melayu yang dimaksudkan adalah ayahanda Tuanku Sultan Ahmad Shah iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al Muadzam Shah, Sultan Pahang ke IV (1932-1974). Menurut Pak Boes beliau ketika itu sedang merengkok di bawah tahanan Undang-undag Darurat yang kini dikenali sebagai akta jahanam ISA. Pak Boes ditahan pada tanggal 1 Julai 1948 ekoran pengharaman penjajah British terhadap gerakan nasionalis di tanahair. Beratus-ratus pejuang tanahair ditahan, dan Pak Boes tidak terkecuali. (ketika itulah Hizbul Muslimin, parti Islam pertama di tanahair turut diharamkan dan pengasasnya Ustaz Abu Bakar al Baqir turut ditahan). Berbalik kepada kisah penglibatan Almarhum Tuanku Sultan Pahang yang ke IV, ketika itu Pak Boes sudah ditahan lebih 7 tahun, iaitu sekitar tahun 1955. Beliau ditahan di Kem Tahanan Ipoh, pada satu hari para pegawai kem memaklumkan bahawa beliau akan dikunjungi tetamu istimewa. Berikut apa yang dirakamkan Pak Boes:

Setiba sahaja kami di luar saya dapat melihat penguasa khemah tahanan beriringan dengan seorang yang tinggi, pagan dan besar tubuhnya, menuju ke arah saya dalam kawalan berpuluh-puluh orang wader yang diketuai oleh sarjan mejarnya sekali. Sungguhpun mereka masih jauh jaraknya lagi daripada saya namun saya dengan serta merta telah dapat mengenali siapa orangnya yang tinggi, gagah dan bertubuh besar yang beriringan dengan pengausa kem tahanan itu: Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Bayangkan Almarhum Tuanku Sultan Pahang boleh mengambil inisiatif berani menjenguk ke kem tahanan para pejuang tanahir, yang bukan terletak dalam negerinya (kem itu di Perak dan bukan Pahang) Pak Boes tidak menghuraikan bagaimana Tuanku boleh berada di sana tetapi itulah sikap Raja yang prihatin dalam keadaan negra ketika itu berada bawah kuasa penjajah. Pak Boes seterusnya merakamkan pengalaman beliau diketemukan dengan Tuanku Sultan di kem tahanan itu: “Apa khabar?” Tanya baginda kepada saya bila tangan kami berjabat dengan eratnya. “Khabar baik, Tuanku” saya jawab sambil tersenyum pula. Pada waktu ini penguasa kem tahanan, seorang Inggeris yang bernama Warmen terus menyampuk: “Tuanku, saya sudah menghantarkan sokongan saya kepada pihak yang di atas supaya Tuan Boestamam ini dibebaskan dari tahanan.” “Memang patutnya,”

Baginda segera memberikan pendapatnya tanpa berfikir lagi. Kemudian Baginda bertanya kepada saya: “Sudah berapa lama Encik Boestamam ditahan?” “Sudah 7 tahun Tuanku,” saya menjawab. Sambil menunjukkan kata-katanya kepada penguasa kem tahanan. Baginda berkata pula: “Kalau sekiranya Encik Boestamam ini ditangkap di Pahang sudah lama saya bebaskan dia.” Demikianlah ketegasan Almarhum Sultan Pahang ketika itu yang mencerminkan kasih-sayang dan pembelaannya terhadap para pejuang nasionalis walaupun di hadapan pegawai penjajah. Begitulah kisah salah seorang Raja Melayu yang mungkin tidak disentuh mana-mana pihak. Tidak berapa lama selepas itu Pak Boes dibebaskan dari tahanan ISA.

12 Aktivis Hindraf Ditahan Di Perkarangan Pejabat PM


12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Memo kepada PM: 12 aktivis Hindraf ditahan

SUARA KEADILAN PUTRAJAYA, 23 OKTOBER (SK) - 12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Menurut wartawan kami, sekurang-kurangnya 50 orang anggota polis preman berkawal di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.

Diantara yang ditahan ialah isteri kepada pemimpin Hindaf Waytha Moorthy, Shanty serta anak perempuan mereka dan Kordinator Hindraf S Jayatas.

http://www.suarakeadilan.com


11 Penyokong Hindraf Ditahan Depan Pejabat Perdana Menteri

BERNAMA KUALA LUMPUR: Sebelas orang penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan ketika ingin menyerahkan surat jemputan ke jamuan Hari Deepavali di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini hari ini.

Semasa kejadian mereka bersama seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga anak saudara pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pergi ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 11.30 pagi, sebelum ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini berada di Beijing, China sempena Persidangan Asia-Eropah kali ke-tujuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata semua lapan lelaki dan tiga perempuan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) kerana bertindak bagi pihak atau mewakili mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

“Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menafikan sebuah laman web (Malaysiakini) yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis sebaliknya kanak-kanak itu tidak ditahan.

Hindraf telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

http://www.bernama.com.my