PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

26 November 2008

MB Pertahan Fakta, Bajet Defisit Tidak Akan Jejas Pentadbiran Kerajaan Negeri !!

by PahangDaily

KUANTAN - Pihak yang mempertikaikan Bajet Negeri 2009 yang merupakan bajet defisit, diingatkan agar tidak risau kerana bajet itu tidak akan menjejaskan Kerajaan dalam usahanya untuk terus membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat jelata. Ketika menyatakan ini dalam ucapan penggulungan bagi perbahasan Bajet Negeri 2009 pada pagi dan disambung semula sebelah petang hari Jumaat, 21 November lepas di sini, Menteri BesarDato’ Seri Adnan berkata : “Janganlah risau dengan bajet kita yang defisit. Kalau ikut pakar-pakar ekonomi, boleh tanggung defisit kalau ianya di bawah lima (5) peratus daripada KDNK dan juga kalau tidak melebihi lima tahun berturut-turut. “(Tetapi) ini sebenarnya lebih sesuai jika berniaga ataupun yang bukan entiti kerajaan kerana sebagai kerajaan, kita mempunyai banyak tanggungjawab (yang wajib dilaksanakan)”.Sementelah pula, Kerajaan Negeri mentadbir sebuah negeri berkeluasan 3.6 juta hektar yang jika seekar bernilai RM10,000 bermakna Kerajaan Negeri katanya, sudahpun memiliki hartanah bernilai ribuan juta ringgit. (Menurut perkiraan, 3.6 juta hektar atau bersamaan [3.6 juta hektar X 2.47 ekar] 8.9 juta ekar X RM10,000 = RM89,000 juta atau RM89 billion sebenarnya nilai hartanah yang Kerajaan Negeri miliki].


Adnan Yaakob kelihatan berhujah menggulung perbahasan Bajet 2009 

Dan setiap kali bajet defisit dibentangkan kata Dato’ Seri Adnan lagi, setiap kali itulah juga kerajaan tetap menyediakan peruntukan tertentu untuk rancangan-rancangan pembangunan negerinya. “Bajet defisit bukan bermakna bajet tidak baik. Kalau negeri Pahang ini kita mahukan bajet yang ‘surplus’ atau bajet berimbang, kita boleh, tapi kita hanya setakat (mampu) membayar gaji pegawai dan kakitangan kerajaan, dan mungkin kita boleh buat satu jambatan, tiga surau, setengah masjid. “Oleh kerana kita tumpukan pembangunan untuk rakyat, maka kita buat bajet defisit (belanja mengurus lebih besar daripada hasil negeri). Dan kita bukan berhutang dengan orang lain. Kita berhutang dengan tok- ayah kita. Kita berhutang dengan tok-nenek kita. “Siapa tok-ayah kita, siapa tok-nenek kita? Kerajaan Persekutuan. Walaupun kita mempunyai hutang lebih RM1.3 billion, semuanya ialah untuk sistem bekalan air dan untuk rumah kos rendah. Ini semua untuk rakyat,” katanya lagi. Apatah pula menurut Dato’ Sri Adnan, Kerajaan Negeri telah banyak berkorban demi negara khususnya dalam bentuk pemeliharaan hutan yang dengan itu dapat menjamin alam sekitar tidak tercemar.

Semua sungai yang mengalir di negeri-negeri yang bersempadan dengan negeri ini seperti sungai-sungai di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu mahupun Kelantan katanya, hulu-hulunya berasal dari negeri ini sendiri.“Ianya berasal dari hulu-hulu di Banjaran Titiwangsa yang letaknya dalam negeri Pahang. Itu sebabnya kita katakan, (oleh kerana memelihara hutan lalu tidak tebang hutan untuk menambah hasil negeri) wajar Kerajaan Persekutuan memberi sedikit-sebanyak kelonggaran kepada Kerajaan Negeri Pahang,”katanya. Kerajaan Negeri juga katanya, tidaklah pula menerima royalti minyak yang jika memperolehinya dengan jumlah RM500 juta setahun misalnya, Kerajaan Negeri bolehlah untuk tidak perlu lagi mengutip cukai tanah sekalipun. Sebaliknya, cukai-cukai yang dikutip ada yang wajib disalurkan kepada Kerajaan Pusat seperti cukai jualan sebanyak RM103.3 juta dan cukai perkhidmatan, RM39.5 juta yang dikutip di negeri ini sepanjang tahun lepas. Dan cukai-cukai ini pula untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini sahaja (Januari – Oktober) katanya, telah meningkat kepada RM123.2 juta dan RM42 juta.


Kongres PKR: Persiapan ke arah memerintah Malaysia

by MSO

MINGGU depan giliran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan mengadakan kongres nasional tahunannya. Kongres ini merupakan kali ke-5 selepas Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia. Sudah tentu kongres kali ini akan menjadi tumpuan ramai. Ada beberapa sebab kenapa kongres ini diramal bakal hangat dan menjadi fokus umum baik dari ahli, penyokong dan pemerhati.

Pertama, inilah kongres pertama selepas pilihan raya umum ke-12 yang membawa kejayaan besar kepada PKR. Tidak boleh dinafikan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya lalu jika diukur kepada pencapaian itu meletakkan PKR menjadi parti kedua terbesar selepas Umno.

Di Parlimen Umno mempunai 83 kerusi manakala PKR 31 di mana hampir separuh daripada kerusi Umno. Berbanding dengan Pas yang mempunyai 23 kerusi manakala DAP 28 kerusi.

Sekiranya kejayaan dalam pilihan raya umum ke-12 itu kekalkan tidak mustahil PKR akan menjadi parti masa depan dan pilihan rakyat negara ini yang seterusnya menjadi parti peneraju kerajaan?

Situasi dan realiti itu menyebabkan kongres pada 28 dan 29 November bertempat di stadium tertutup, stadium Melawati Shah Alam, dijangka menarik perhatian umum. Kehadiran pemerhati dan sambutan kongres berkenaan juga mungkin akan meningkat berbanding dengan kongres-kongres sebelum ini. Apa lagi tempat berlangsungnya kongres itu selesa jika dibandingkan dengan tempat berlangsungnya kongres sebelum ini.

Sebelum ini PKR menghadapi masalah mendapatkan premis untuk mengadakan kongres mereka. Bukan semua hotel mewah atau dewan umum bersedia memberi ruang kepada PKR. Lantaran itu PKR terpaksa mengadakan kongres mereka di merata tempat termasuk di tempat yang tidak berapa sesuai disebabkan kesulitan itu. Kerana tidak ada pilihan maka kongres terpaksa juga diadakan. Satu ketika PKR pernah mengadakan kongres di Dewan Tokong Cina di Ipoh.

Alhamdulilah walaupun tempat kongres tidak selesa dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti hawa dingin dan sebagainya sambutan tetap hangat dan membanggakan. Semangat untuk melakukan perubahan dan pembaharuan menjadikan segala kepayahan dan kesusahan itu dialpakan.

Kalau di Dewan Tokong Cina sambutan hangat dengan kehadiran ribuan orang, apa lagi di tempat yang selesa seperti stadium Melawati di Shah Alam itu tentu ia akan bertambah hebat dan meriah. Lagipun tempat itu bolehlah dianggap sebagai peremis PKR sendiri. Selangor kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat di mana PKR sebagai tulang belakangnya. Pengerusi PKR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar. Kedudukan itu tentu akan diambil kesempatan sebaik mungkin untuk berkongres dalam keadaan selesa dan penuh bermakna.

Seperti dikatakan tadi, inilah kongres atau perhimpunan rasmi pertama PKR selepas selesai pilihan raya umum Mac lepas. Sudah tentu kongres kali ini berbeza dari segi penampilan, semangat serta komitmen kalangan ahli. Keinginan ahli untuk menghadiri kongres itu akan jadi bertambah ghairah. Lantaran itu ia diharap akan menghasilkan natijah yang bermakna dan bukan sebagai gelangang untuk beretorika dan melepas hawa saja.

Kongres kali ini tidak melibatkan pemilihan. Peluang ini memberi ruang banyak kepada ahli atau perawakilan untuk membahas, membincangkan dan merangka pelan tindakan parti setidak-tidaknya menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang. Peluang baik ini juga hendaknya dimanfaatkan untuk mengemukakan idea lebih inklusif demi masa depan parti berkenaan yang diharap menjadi alternatif kepada rakyat seluruhnya.

Seperti mana dirancangkan kongres itu akan bermula dengan kongres Angakatan Muda dan Wanita pada 28 November. Kedua persidangan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Syed Hussein Ali. Ia kemudian akan diikuti dengan kongres nasional tahunan. Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan merasmikan kongres manakala Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptamanya.

Menjadi amalan dan kebiasaan ucapatama dan ucapan asar penasihat akan menjadi landasan pemikiran dalam merangka strategi parti untuk beberapa tahun akan datang. Para perwakilan akan mengupas dan mendalami kedua ucapan berkenaan. Adalah dijangka baik presiden atau penasihat akan menumpukan kepada ageda untuk memapatkan parti, me ningkatkan kualiti kepimpinan dalam rencana persediaan menjadikan PKR sebagai sebuah parti bakal memerintah Malaysia.

Beberapa isu berbangkit dari kalangan Pakatan Rakyat, khasnya mengenai tanggapan Pas terhadap pendekatan politik atau dalam menguruskan pentadbiran kerajaan milik Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan turut sama diperjelaskan bagi mengelakkan tidak timbul salah anggap yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat.

Apakah mengenai nasib penasihat PKR itu yang kini sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah akan turut sama dibincangkan? Seperti mana umum ketahui Anwar kini sedang berhadapan dengan tuduhan liwat kali kedua dan perbicaraan masih dijalankan. Memandangkan akan berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan BN ada kemungkinan Anwar juga akan turut memberi huraian mengenai masa depan politik serta persiapan menghadapi serangan dan propaganda baru BN di bawah kepimpinan baru itu.

Dalam pada itu ada beberapa isu atau perkara yang harus diberikan penekanan oleh para perwakilan sekelian ini termasuklah;

1. Permatapan PKR sebagai sebuah oragnaisasi bakal menulangi kerajaan.
Kongres perlu membincang bagaimana atau kaedah untuk memantapkan kedudukan PKR sebagai sebuah parti bakal menjadi tulang belakang kepada kerajaan di masa akan datang. Untuk ini PKR perlu menambah nilai ahli dan juga wilayah rangkaian PKR di seluruh negara. Justeru adalah sesuai kalau PKR merangka menambahkan bahagian parti itu di seluruh negara mengikut kawasan Parlimen sebanyak 222. Ataupun sekurang-kurang PKR perlu mempunyai 200 bahagian di seluruh negara.
Untuk mewujudkan ini PKR tidak ada masalah kerana ia tidak ada apa-apa halangan. PKR yang sifatnya sebagai parti pelbagai bangsa dengan Melayu menjadi tunggaknya boleh mengembangkan sayapnya ke mana juga wilayah kerana ia tidak terhalang seperti mana parti-parti lain yang bersifat konservatif.

2. Semangat setia perjuangan dan rela berkorban.
PKR perlu menanam dan menguatkan semangat setia kawan, persaudaraan sesama ahli dan rela berkorban untuk kemenangan perjuangan. Dalam konteks ini mana-mana ahli yang meresakan mereka tidak mampu untuk menjanakan (memimpin bajahagian) perjuangan hendaklah rela dan ikhlas menyerahkan jawatan kepada rakan yang boleh dirasakan mampu menggerakan parti. Jangan kerana semata-mata ingin menjadi ketua atau dengan harapan dengan kedudukan itu akan mendapat habuah, seseorang penjawat jawatan itu terus kekal dengan kelemahannya tanpa menghiraukan nasib parti.

3. Tambah keahlian.
Sesuai dengan kedudukannya bakal menerajui kerajaan di masa akan datang, PKR perlu menambahkan keahlian. Mesti ada kempen atau program khas untuk mengajak anak-anak muda khasnya menjadi ahli parti. Sasaran keahlian PKR harus melebihi tiga juta. Dengan memiliki ahli yang ramai, PKR boleh meneliti dan memilih mereka untuk dilatik sebagai kader ataupun jentera pilihan raya. Kelemahan yang ketara kepada PKR ialah jentera pilihan raya, di mana di sesetengah tempat PKR hanya menumpang jentera rakan mereka, terutamanya Pas. Kelemahan ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan.

4. Penjelasan mengenai beberapa isu berbangkit.
Kongres ini hendaklah digunakan untuk menjelaskan beberapa isu berbangkit yang tidak difahami oleh ahli. Antara isu ini ialah hubungan dengan rakan Pakatan Rakyat. Perselisihan faham dalam Pas berhubung sifat dan peranan PKR dalam Pakatan perlu dijelaskan. PKR harus menyatakan sikap yang menyakinkan Pas. Penjelasan ini penting kerana kekeliruan mengenainya menyebabkan pandangan umum tidak yakin kemantapan Pakatan Rakyat.

5. Buang budaya Umno.
Ahli PKR perlu membawa dan mengamalkan buadaya baru. Budaya lapuk dan merosakkan akhlak dan pertubuhan yang diwarisi daripada Umno hendaklah dibuang dan diharamkan dalam PKR. Menyertai parti untuk mendapat projek haruslah dikikis dan jangan sesekali bawa budaya dan pemikiran itu dalam PKR. Ini penting kerana PKR kini sudah mempunyai kerajaan negeri dan ada kuasa. Jangan pula berlaku perebutan jawatan, kontrak, jawatan-jawatan dalam PBT, agensi dan sebagainya.

Itulah antara perkara yang perlu dibincangkan dan diberi perhatian oleh para perwakilan kongres. Mudah-mudahan kongres ke-5 merangkap ke-9 itu nanti akan memberi impak besar kepada parti PKR amnya dan kepada penasihat umumnya Anwar Ibrahim. Selamat bersidang. [wm.kl 3:00 am 23/11/08]

YA AMPUN BAGINDA RAZAK

by H. Rais

Ya ampuun Baginda Razak. Hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ianya dapat dibaca oleh anak cucu cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti maka anak cucu cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.

Ya ampuun! Ya ampuun Baginda Razak, hamba telah mendengar surah dongeng labun lentong tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syiok lagi tawaidok molopong dan terngaga apabila tuan hamba membuka mulut.

Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya di ketahui Allah maka meleleh air mata hamba hingga ke lubang peha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhlok tuhan yang bagitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang Syahdu, seorang Sufi, seorang Dukun dan seorang Bomoh dapat berkelentong seperti tuan hamba.

Cakap tuan hamba at the Press Conference itu adalah benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.

Ya ampuun Baginda Razak, hamba juga turut merasa gundah gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba di beritahu bahawa Puteri Mongol ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi Raja kita.

Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya Permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi dari Permaisuri. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpacar dari kopek layut Permaisuri Raja Muda.

Ya ampuun Baginda Razak, api murka Permaisuri Raja Muda ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap Permaisuri yang akan naik ke atas takhta maka badannya wajib di ukur dan dikira. Telah tersebar ke pelusuk kampong dan kota, telah di ketahui rakyat jelata tentang berita susuk gedempak Permaisuri Raja Muda melebihi saekor anak gajah simpanan Tun Bendahara.

Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap gedempaknya badan Permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia.

Mengikut yang empunya cerita cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balairong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil hitam mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di hadapan berkemudi di buritan.

Ya ampuun Baginda Razak, sahehlah dongeng berita Raja Muda ‘makan di luar dan suka makan di dalam’. Makan di depan makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita.

Ya ampuun Baginda Razak, ‘ makan depan makan belakang’ ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil yang hitam dari mulut tuan hamba sendiri. Ya ampuun Baginda Razak, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba ialah untuk memberi tahu saentero negara bahawa what you said at the press conference the other day was pure bullshit.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melapor duduk pekara. Adalah juga tanggung jawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang percaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata.

Ya ampuun Baginda Razak, kesah hikayat Puteri Mongol ini berpanjang hendak hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke penjara. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu saheh duduk pekara.

Ya ampuun Baginda Razak, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Mejapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk pekara.

Mengikut kesah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam, tuan hamba di lantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa di tegur tanpa di saman. Bukanlah rashia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera tuan hamba juga beligar ke kampong beligar ke kota mencari banyak anak-anak dara untuk dijadi gundek-gundek istana.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah kebangaan rakyat jelata melihat punai tuan hamba bercabang tiga. Se jantan jantan anak Melaka tidak ada punai yang bercabang tiga. Malam bergoncang siang berendut. Berselimut salah bergumpal pun salah. Tuan hamba akhirnya bermukah dengan Puteri Mongol gundek kesayangan Raja Muda. Ini bukanlah dongeng rakyat Melaka. Ini surah sumpah si Tamil hitam lagi legam yang punya angkara.

Ya ampuun Baginda Razak, biarlah hamba meneruskan cerita tentang Permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kesah Permaisuri kita yang dahulunya seorang Mak Janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka kangkang mencari mangsa.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongol musnah derita. Telah di ketahuilah rakyat Melaka betapa Permaisuri cemburu tersangat seperti gajah kena penyengat. Telah di ketahui juga rakyat Melaka Raja Muda sering berduka berkongsi katil memelok saekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan anak gajah berambut kontot.

Ya ampuun Baginda Razak, tuan hamba dikatakan amatlah ceredik bergeliga mencari untung membeli bahtera.

Ya ampuun Baginda Razak biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka rakyat tahu duduk pekara. Jangan cuba di bodoh jangan cuba di alpa rakyat sudah faham membaca warta berita. Tidak perlu bergelap tak perlu bersuluh pelita kesah tuan hamba membeli dua bahtera menggunakan duit emas kantung negara telah di ketahui rakyat jelata.

Al-kesah tun empunya cerita Permaisuri telah membadak gegak gempita , lagi marah lagi murka maka di arah Puteri Mongol disula , di seksa untuk menamatkan semua berita. Badan di letup rambut di bakar agar tidak di ketahui janin siapa. Dari atas angin sampailah berita, dari balairong hingga ke rakyat jelata semua ingin bertanya janin ini anak siapa. Anak tuan hamba atau cucu tuan hamba inilah punca murka Permaisuri yang membadak mencela.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita amat saheh lagi nyata tentang Raja Mongolia amat amarah tidak dapat dikata.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita si Tamil hitam lagi legam ditemui sudah. Dia bershaer lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita tentang isteri tuan hamba mendapat duit membeli bahtera.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi saheh lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan di sula rakyat Melaka.

Inilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampuun Baginda Razak tidak lah ada apa lagi yang hendah dikata. Hendaknya di ketahuilah oleh anak cucu cicit kita nanti tentang kesah murka seorang Permaisuri yang gemuk gedempol, kesah Puteri Mongol cantik bistari, kesah Raja Muda yang takut bini, kesah gundek bertukar ganti.

Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun temurun:

Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Your Press Conference
Is real poorah.