PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

24 October 2008

12 Aktivis Hindraf Ditahan Di Perkarangan Pejabat PM


12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Memo kepada PM: 12 aktivis Hindraf ditahan

SUARA KEADILAN PUTRAJAYA, 23 OKTOBER (SK) - 12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Menurut wartawan kami, sekurang-kurangnya 50 orang anggota polis preman berkawal di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.

Diantara yang ditahan ialah isteri kepada pemimpin Hindaf Waytha Moorthy, Shanty serta anak perempuan mereka dan Kordinator Hindraf S Jayatas.

http://www.suarakeadilan.com


11 Penyokong Hindraf Ditahan Depan Pejabat Perdana Menteri

BERNAMA KUALA LUMPUR: Sebelas orang penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan ketika ingin menyerahkan surat jemputan ke jamuan Hari Deepavali di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini hari ini.

Semasa kejadian mereka bersama seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga anak saudara pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pergi ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 11.30 pagi, sebelum ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini berada di Beijing, China sempena Persidangan Asia-Eropah kali ke-tujuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata semua lapan lelaki dan tiga perempuan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) kerana bertindak bagi pihak atau mewakili mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

“Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menafikan sebuah laman web (Malaysiakini) yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis sebaliknya kanak-kanak itu tidak ditahan.

Hindraf telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

http://www.bernama.com.my

22 October 2008

RM 5 Billion Untuk Pasaran Saham, Tindakan Tidak Bertanggungjawab!


By Anwar Ibrahim

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat. Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara. Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol serta dengan boros membelanjakan wang untuk menjana projek mega amat mengecewakan.

Di dalam perbahasan belanjawan tempoh hari, saya menegaskan belanjawan 2009 yang dibentangkan sudah tidak bermakna lagi. Unjuran yang dibuat berasaskan angka dan fakta lapok! Malah saya menggesa Menteri Kewangan yang baru agar segera membentangkan belanjawan berdasarkan unjuran yang terkini. Ternyata gesaan ini dipandang sepi walau ianya memanfaatkan negara dan rakyat. Jelas ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.

Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn Bhd untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara. Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.

16 October 2008

SDRA ZAINUDDIN ZAINAL SELAKU NAIB KETUA BAH PKR TEMERLOH KEMBALI KE RAHMATULLAH

by Ramli Tajudin

Dari Allah Kita Datang kepada Allah kita kembali
Sahabat kita Saudara Zainuddin Zainal telah meninggal dunia pada pukul 2.15 petang tadi dirumah bapa mertua beliau di Jalan Selayang berdekatan AGRO Bank Temerloh
Beliau sakit jantung dan telah beberapa kali masuk wad di Hosp Tawakal KL
dan HOSHAS Temerloh
akhir sekali dimasukan ke HOSHAS sebulan lebih dahulu dan

Beliau adalah bekas setiausaha PKN Pahang dan terus bersama kita sepanjang perjuangan refosmasi I/SLAH .
Beliau bekerja di HSBC Kuanyan
Isteri beliau Pn Shahrul Yahaya bertugas di HSBC Mentakab
Meninggalkan seorang anak perempuan dan seorang lelaki.juga isteri nya yang menjaganya sepanjang masa beliau sakit denggan sabar.
DSAI ada mengirim sms ucapan TAKZIAH DOA dan SALAM melalui Sdr AHmad NIzam kpd keluarga nya,
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perquburan Kg Pengkalan Manggis esok, (dekat ESSO Jambatan Temerloh)
Pada 1 Syawal saya mengunjungi beliau sempena Raya, beliau masih boleh bergurau walaupun agak susah bertutur akibat stroke.

Hari ini ajal telah sampai dan ucapan Takziah dari kami PKR Bhgn Temerloh
dan seluruh Pimpinan Nederi dan Pusat di ucapkan kepada ahli keluarga beliau.
juga kenalan sekerja dan yang mengenali beliau datang menziarah.

Inna Lillahi wa inna ilayhi rojiun

15 October 2008

Siasat Najib kes SMS isu Altantuya


Dakwaan kita terhadap Najib - daripada kes Altantuya, (urusan pembelian) kapal selam dan Eurocopter kepada SMS antara beliau dengan peguam - tidak ada apa-apa jawapan, tiada siasatan dan tiada laporan - DSAI
by Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu berbangkit lagi selepas pendedahan pertukaran mesej SMS, yang didakwa antara pemimpin Umno itu dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes itu.

“Dakwaan kita terhadap Najib - daripada kes Altantuya, (urusan pembelian) kapal selam dan Eurocopter kepada SMS antara beliau dengan peguam - tidak ada apa-apa jawapan, tiada siasatan dan tiada laporan,” kata Anwar di lobi Parliamen hari ini.

Dalam sidang medianya di bangunan itu tadi, Najib menafikan komunikasi SMS itu menunjukkan wujudnya salah guna kuasa.

14 October 2008

Che Det Vs Alex Ferguson

by Firdaus (Kopitiam Bang Nan)

Che Det jadi PM Malaysia selama 22 tahun. Apabila dia berhenti...tidak ramai tokoh yang berwibawa dalam UMNO. Yang OK macam Anwar, Musa, Ku Li mahupun tokoh2 muda macam Zaid Ibrahim dan 2 3 kerat lagi tak ada tempat dalam kerajaan. Ini semua kerana Mahathir tak boleh berkerja dengan orang yang cemerlang. Yang survive, sama ada orang yang tak ada tulang belakang atau penuh skandal....

Sebab itu bila dia berhenti...Malaysia jadi kelam kabut. Zaman dia nak berhentipun Malaysia dah nak bungkus dah...bagi kat Pak Lah jaga...lagilah bungkus. Itulah masalah Che Det yang sebebenonye... Dari segi ni yang Che Det betul2 kalah..tergolek. "Managing the change!!" Dia tak bagi chance pada orang yang ada kualiti...

Berbeza dengan Alex Ferguson, pengurus Manchester United. 22 tahun dia mengendalikan kelab terkemuka dunia ini. Baca artikel di bawah ini sebagaimana yang disiarkan oleh Times Online bertajuk... Ferguson plans for United future

October 10, 2008 - Scott Rutherford

Sir Alex Ferguson believes that Jonny Evans can be the new Rio Ferdinand. The Northern Ireland centre back stepped in for Nemanja Vidic away to Chelsea last month when the Serb was suspended. He rewarded Ferguson with a towering performance at Stamford Bridge, proving the Manchester United manager correct in his decision not to let Evans join Sunderland on loan for a third successive season.

Evans will have to be patient. Vidic returned against Aalborg in the Champions League and kept his place away to Blackburn Rovers last weekend. However, Ferguson has assured the 20-year-old he is the long-term successor to Ferdinand and expects the Belfast-born youngster eventually to take a stranglehold on a central defensive place.

“Evans's career is absolutely guaranteed,” Ferguson said. “He is 20, Rio Ferdinand is 30 and Nemanja Vidic is 27 so, in a few years' time, he will be the first-choice centre half, there is no question about that.”

Evans is only one of a group of talented youngsters Ferguson has assembled at Old Trafford that should keep United at the top long after the Scot has stepped down as manager. Rodrigo Possebon was outstanding in central midfield during the Carling Cup win over Middlesbrough until he got on the wrong end of Emanuel Pogatetz's disgraceful challenge and Rafael Da Silva was impressive in Denmark last week. Neither man has celebrated his 20th birthday yet, with the same, obviously, being true of Rafael's twin brother, Fabio, who is also tipped for big things by the United hierarchy, and Danny Welbeck, the England Under-19 forward.

As Anderson and Nani are only 20 and 21 respectively, Ferguson is planning far beyond his retirement date, whenever that may be. He said: “Every team needs lads of 20 or younger, who can take over from the ones that were there before who have become middle-aged in playing terms, with the middle ones becoming older. That is what you call managing change.”


Tinggallah Mukhriz Mahathir sebagai legasi dia untuk meruntuhkan Malaysia. Budak average product MRSM.....Teringat lagi semasa kempen PRU12 di Jerlun... 'tolonglah undi anak saya... dia rajin berkerja..dan diapun rajin membaca... sampai botak kepala!!!' Tak pernah dalam dunia kepala botak jadi kriteria untuk pilih calon...

PKR: Tiada usul tidak percaya pada PM

by Malaysiakini

Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.

"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.

Mesyuarat ketiga bagi sesi pertama persidangan Dewan Rakyat kali ke-12 bermula hari ini selepas ditangguhkan lebih sebulan berikutan bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain menggesa kerajaan mengemukakan semula belanjawan 2009, susulan krisis kewangan dunia sekarang, Anwar turut mencadangkan kerajaan menurunkan lagi harga minyak kerana harga dunia bahan bakar itu makin rendah.

10 October 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDULFITRI PKR


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berbesar hati menjemput saudara-saudari untuk sama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri.

Berikut adalah butiran Majlis Rumah Terbuka:
Tarikh: 11 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 9 pagi-2 ptg
Tempat: Cherok To’ Kun (Kediaman Keluarga DSAI)

Tarikh: 12 Oktober 2008(Ahad)
Masa: 2–5 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur

09 October 2008

PENGUNDURAN PAK LAH, SIAPA TERTAWA DAN MENANGIS?

by Wan Fauzdin

Pak Lah telah mengumumkan keputusan beliau untuk tidak mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Samada keputusan yang diambilnya itu atas kehendaknya atau terpaksa tidak perlu kita perbahaskan. Seandainya saya ahli UMNO, saya lah orang pertama yang akan menghulurkan jambangan bunga kepada Pak Lah di atas tindakan dan keputusan bijak yang telah beliau lakukan. Ini bererti Pak Lah benar-benar memahami bahawa beliau sememangnya tidak berupaya untuk menguruskan UMNO dengan baik jauh sekali untuk menerajui negara ini.

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi (R) and his deputy Najib Razak share a light moment after a news conference in Kuala Lumpur October 8, 2008. Abdullah is to step down in March next year and on Wednesday endorsed Najib as his successor.Reuters

Siapakah yang paling gembira dengan keputusan Pak Lah tersebut? Sudah tentu bukan Khairi (KJ) atau Ezam Mohd Noor. Sekiranya Najib adalah orang paling gembira dengan pengumuman Pak Lah tersebut, siapakah yang paling berdukacita? Mungkinkah KJ dan Ezam termasuk di dalam orang yang paling berdukacita? Amat malang sekali mereka berdua tidak mampu untuk mempertahankan Pak Lah. Kemasukan Ezam Mohd Noor yang penuh dengan puji-pujian terhadap Pak Lah tidak membawa erti apa-apa. Jasa terbesar yang dapat dianugerahkan oleh Ezam kepada Pak Lah setelah beliau memasuki UMNO semula adalah `menyerah'kan Permatang Pauh kepada DS Anwar dengan penuh cemerlang.

Malaysia’s Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, right, greets by his deputy Najib Razak after a press conference in Kuala Lumpur, Wednesday, Oct. 8, 2008. Malaysia’s embattled prime minister announced Wednesday he will step down in March and hand over power to his deputy, four years before his term ends.Ap Photo

Kita lupakan seketika angan-angan Najib untuk menjadi PM menjelang Mac tahun depan. Saya simpati dengan nasib KJ yang telah dijadikan kambing hitam oleh ahli-ahli UMNO sendiri untuk menyingkirkan Pak Lah. Kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah banyak dikaitkan dengan KJ. Kehebatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah tenggelam dengan kehebatan KJ. Ahli-ahli UMNO tidak banyak membicarakan soal baiknya prinsip Islam Hadhari tetapi lebih banyak menceritakan tentang peranan KJ di dalam urusan pentadbiran negara. Apakah nasib KJ selepas ini setelah Pak Lah mula berputus asa dengan kelemahannya?

Bagaimana pula dengan nasib Ezam Mohd Noor selepas ini? Mungkinkah Ezam akan melakukan Sumpah Keramatnya untuk berdiri teguh di belakang Najib dan akan mempertahankan Islam Glokal pula? Tidak mustahil Ezam akan menyatakan Najib adalah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membenteras rasuah di negara ini. Mungkin juga Ezam akan buat pengakuan bahawa suatu ketika dahulu dia cuma `berlawak' sahaja untuk `menelanjang'kan Najib di Pekan. Mungkin Ezam rasa Najib telah lupa Sumpah Keramatnya di Pekan suatu ketika dahulu. Kita juga ingin tahu apakah perjuangan Ezam selepas ini apabila Najib ditakdirkan (Na`uzubillah) menjadi PM? Saya teringat kisah `dongeng' Ezam suatu ketika dahulu yang menceritakan terdapatnya pasu bunga besar dan berharga di rumah Najib. Agaknya selepas ini bertambah besar pasu bunga tersebut. Mungkin Ezam lupa kisah pasu bunga tersebut sepertimana dia terlupa di mana diletakkan `kotak-kotak' mengandungi fail rasuah pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah dijajanya dahulu. Tetapi sekiranya Ezam teringat akan semuanya itu, saya menyeru agar Ezam kembali semula menjadi manusia yang bermaruah dan bermoral.

Malaysia’s Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi (4th L) and his deputy Najib Razak (2nd L) shake hands after a news conference in Kuala Lumpur October 8, 2008. Abdullah is to step down in March next year and on Wednesday endorsed Najib as his successor.Reuters Pictures
Bagi Pakatan Rakyat (PR) pengumuman Pak Lah itu mungkin tidak mempunyai nilai apa-apa. Adanya Pak Lah tidak menambah apa-apa, tiadanya Pak Lah tidak juga mengurangkan apa-apa. Cuma PR seharusnya berterima kasih dan terhutang budi kepada Pak Lah kerana di bawah pimpinannya di dalam BN, PR dapat mencipta rekod cemerlang dengan menguasai 5 negeri. Kita turut simpati dengan Najib kerana beliau diserahkan jawatan Presiden UMNO di dalam keadaan UMNO yang nazak. Janji Pak Lah untuk memperbaiki UMNO/BN dan negara sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Najib nampaknya hanya tinggal janji. Pak Lah telah menyerahkan kunci kereta kepada Najib sedangkan dia tahu kereta tersebut kekeringan minyak, tayar yang pancit, injin yang rosak dan berbagai kerosakan lagi. Najib bukan sahaja akan menjadi pemandu tetapi terpaksa pula menjadi mekanik. Siapakah yang akan membantunya? Sudah tentu ramai yang lebih suka jadi penumpang, itu pun jika kereta tersebut boleh diperbaiki dan boleh digerakkan.

Malaysia’s Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, right, talks with his deputy Najib Razak before the start of a meeting of the 13-party ruling National Front in Kuala Lumpur Wednesday, Oct. 8, 2008. Abdullah was expected to make an announcement Wednesday that he will step down in March rather than face a rebellion by his ruling party, a media report said.Ap Photo

Di dalam situasi begini kepada semua ahli UMNO perlu bijak berfikir ke arah manakah negara kita akan dibawa. PR telah menyediakan pilihan, terpulanglah kepada mereka samada masih berminat untuk menaiki kereta yang telah dirosakkan dengan teruk atau untuk bersama meneruskan perjalanan dengan kereta baru yang lebih selesa dan pantas. Jadilah kita orang-orang yang berakal dan berfikir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

04 October 2008

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim

by Harakah Daily


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

“Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Maruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.

Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

“Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.

“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.

“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Maruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ Peace be upon you.

Renung-renungkan dan selamat beramal….
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup ..'

Keningku berkerut.... .....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan ', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah........ ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta,
Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji . Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN . Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ .....**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang..
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'
kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Kenyataan Media Presiden Dr Wan Azizah berkenaan Pemecatan Zul Hassan

KEADILAN SOKONG PECAT ZUL HASSAN

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".

Kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.

Bagaimanapun, tindakan Kerajaan Negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong.

Zul Hassan yang juga ahli KeADILan akan dihadap ke Jawatankuasa Dislpin Parti untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".

KeADILan berpendirian bahawa amat penting untuk pegawai tinggi berkelakuan baik agar menjadi teladan generasi muda. Maka kami menyokong penuh tindakan yang diambil ke atas Zul Hassan dan tindakan selainnya yang diambil ke atas sebarang salahlaku asalkan terdapat bukti kukuh.

Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.

Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli keADILan. (tamat)




DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat


_____________________________________



PRESS STATEMENT
29 September 2008


SACKING OF PERAK TENGAH DISTRICT COUNCILLOR


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) welcomes and fully supports the decision by the Perak state government to sack Perak Tengah district councillor Zul Hassan.

Zul Hassan, who is under probe by ACA, had not only issued a statement confessing to illicit sex, but also justified his action by saying that he was induced into committing the immoral act.

Such a statement makes a mockery of Pakatan Rakyat's pledge towards a government that respects the trust of the people.

The Perak government's swift action shows its seriousness in putting into practice Pakatan Rakyat's commitment to ensure that morality and ethics are upheld by those in public offices and not merely expressed in words.

Towards that end, Zul Hassan will be dealt with by Keadilan's 's disciplinary committee and will have to explain the remark, when he made comparison of his inability to succumb to temptation to someone who is being offered "sedekah" (charity).

It is important that good conduct comes from the top in order to set an example for the younger generations. As such, we fully back the action taken on Zul Hassan and will support whatever action taken in future as and when there is enough evidence of wrongful conduct.

Once again, we reiterate our uncompromising stand that any wrongdoing by any office holder, without regard to party affiliation or post, should not be tolerated and dealt with severely.

Meanwhile we wish to confirm that Mohammad Imran Abdullah also mentioned in the said scandal is not a member of Keadilan. (End)



DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President, Parti Keadilan Rakyat

02 October 2008

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah dari KeADILan Bahagian Cameron Highlands

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat Bahagian Cameron Highlands mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM

by Malaysiakini

Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.

Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.

'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.

Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.

Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.

Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?

Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?

Pada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.

Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.

Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.

Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.

Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.

Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.

Mengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.

Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.

Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.

Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.

Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.

YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.

Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.

Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.

Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.

Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.

Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.

Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul. Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?

Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.

Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.

YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.

Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.

Yang benar

ZAID IBRAHIM

24 September 2008

Pakatan Rakyat bentuk kerajaan dalam masa terdekat

by Harakahdaily

Selepas dua permintaan untuk berjumpa Perdana Menteri dan menggesa diadakan sidang tergampar Parlimen, Pakatan Rakyat tetap 'on track' untuk menubuhkan kerajaan. Dalam apa keadaan pun Umno dan Barisan Nasional yang sedang berpecah teruk, tetap akan ditumbangkan juga.

Ikuti pandangan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, yang merupakan antara individu terlibat dalam usaha membentuk kerajaan Pakatan Rakyat peringkat persekutuan.

Sebagai Ahli MPT KeADILan, Johari berpengalaman luas dalam politik. Beliau meninggalkan Umno sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998

Pernah bergiat dalam Yayasan Gerak Bakti, Pergerakan Pemuda Umno dan pernah membantu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga adalah antara Pengarah Biro Tatanegara.

Wartawan Harakah MOHD RASHIDI HASSAN, SAADON AKASH, IRWAN MUHAMMAD ZAIN dan jurufoto MOHD NASIR SUDIN menemuramah beliau di Harakah pada 23 September 2008, untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pembentukan kerajaan baru itu.

Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?

Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.

Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.

Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.

16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.

Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.

Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.

Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.

Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.

Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.

Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.

Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?

Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.

Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?

Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.

Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?

Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.

Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.

Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.

Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.

Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?

Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.

Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.

Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?

Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.

Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.

Tetapi adakah mereka ini akan ditawarkan jawatan sebagai menteri?

Yang itu sudah pasti. Kita nak berlaku adil. Cuma apa jawatannya terpulang kepada pucuk pimpinan. Tapi yang penting, impian kita nak jadikan Malaysia yang baru. Tak ada lagi yang murung. Perniagaan boleh berjalan lancar. Ekonomi stabil. Kita boleh hantar orang untuk meninjau pelaburan di luar.

Pakatan Rakyat mempunyai 15 perkara utama atau 15 perkara yang diselesaikan sebaik sahaja ambil alih kuasa.

Macam bebaskan tahanan ISA. Nak hapuskan ISA kita kena lalui parlimen tapi kita akan buat juga tapi yang penting kita bebaskan dulu yang ditahan dah enam atau tujuh tahun.

Ada dakwaan bahawa andainya Pakatan Rakyat memerintah maka hak orang Melayu akan terpinggir?

Itu cuma perang saraf mereka. Di antara yang akan kita pertahankan adalah perlembagaan negara. Kedudukan raja Melayu kita akan pertahankan. Perkara 153, hak orang Melayu akan kita pertahankan dan juga kedudukan Bahasa Melayu.

Tapi disebabkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih kepada kita mereka rasa takut dan buat propanganda macam itu. Kita lihat di Perak, Dato' Seri Nizar jadi Menteri Besar.

Berapa banyak kerusi PAS? Kurang dari KeADILan tetapi adakah hak orang Melayu dah tergadai? Dan Nizar masih berjaya sebagai Menteri Besar.

Cuma propanganda BN membuatkan kita dilihat terlalu melebihi orang bukan Melayu. Sokongan dari bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan bermaksud kita jual Melayu. Ini adalah propaganda BN semata-mata.

Adakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat?

Perkara itu memang dipersetujui oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Malah DAP pada tahun 2006 telah tukar perlembagaan parti mereka iaitu mereka pegang prinsip-prinsip perlembagaan iaitu hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahakan.

Malah mereka terima Islam sebagai agama rasmi. Sebab itu Karpal Singh sama Utusan sebab dia tak cakap pasal Islam itu.

Selepas permintaan mengadakan sidang tergempar parlimen tak dilayan, apa langkah seterusnya?

Kita ada beberapa langkah yang telah disusun. Cuma tunggu dan lihat. Yang penting kita jalankan kerja untuk mecapai apa yang kita rancangkan.

Kita dah minta dua perkara yang besar, adakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan juga sidang tergempar parlimen. Kita dah ikut prosedur, jangan pula kata kita biadap. Yang tak nak cuma mereka bukan kita.

Pakatan Rakyat sekarang telah meletakkan tarikh baru iaitu 1 Oktober. Apakah ini tarikh terakhir atau ianya cuma untuk mengerunkan BN?

Mungkin lebih awal dari itu. Tengok keadaannya. Yang penting kita dah susun rapi apa yang patut kita buat. Langkah kita seterusnya memastikan apa yang dirancang berjaya.

Yang kita nak mereka tak nak ikut jadi kalau kita buat apa yang kita nak buat jangan pertikaikan. Kita ada cara yang tak perlu sampai tulis surat tapi kita tak nak macam itu kerana kita tak nak bercelaru. Bukan hanya parti bercelaru tetapi rakyat yang bercelaru.

Apakah tidak terdapat usaha-usaha dari BN untuk mengagalkan rancangan ini dengan cara menawarkan jawatan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat atau membeli mereka?

Tak ada pun usaha dari BN untuk gagalkan usaha ini. Kalau nak kata mereka nak beli kita, saya sendiri ahli parlimen tak pernah pun terima panggilan ajak masuk BN. Bawa pergi Taiwan, untuk apa? Nak larikan daripada 16 September? Kalau tak dapat 16, kita boleh pindah ke 17 atau 18.

Tapi bila kita hantar wakil kita ke Taiwan, mereka lari malam. Dipaksa balik. Semua ini apa? BN sudah tak ada kekuatan untuk bertahan. Dia buat apa pun mereka tahu mereka dah tak kuat.

Sebab itu tak ada usaha dari mereka untuk membeli atau menawarkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sertai mereka kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.

Perpaduan Pakatan Rakyat sekarang bagaimana?

Perpaduan adalam Pakatan Rakyat kukuh. Kalau sebelum ini terdengar dalam PAS ada yang tak puas hati tetapi bila keputusan muktamar agar kukuhkan Pakatan Rakyat, perkara itu sudah tak timbul lagi. Saya tak tahu masalah dalaman PAS tetapi saya rasa sudah tidak timbul masalah.

Hubungan kita semakin rapat. Kita dah bersama bukan tahun ini saja tetapi sejak 1999. Ada yang sebelum ini tak jadi wakil rakyat sekarang sudah jadi wakil rakyat. Macam saya lah. Kita dah berkawan lama, tak ada masalah yang timbul.

Apa harapan saudara dalam usaha membentuk kerajaan baru ini?

Saya mempunyai impian untuk melihat Malaysia ini berubah lanskap politiknya. Pentadbiran yang lebih telus dan kekayaan dapat dikongsi bersama oleh semua rakyat.

Jadi saya harap ianya akan menjadi kenyataan dan semoga rakyat terus bersabar dan berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan.

MAJLIS TERTINGGI UMNO

by Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Perbincangan di dalam Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya rahsia. Jadi amat memeranjatkan apabila akhbar melaporkan beberapa butiran penting berkenaan mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada hari Khamis, 18hb September. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah laporan tersebut mendedahkan tentangan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh beberapa ahli majlis dan desakan oleh mereka agar peralihan kuasa diadakan sebelum mesyuarat Bahagian-bahagian yang akan menamakan calon Presiden.

2. Difahamkan bahasa yang digunakan sesetengah ahli agak keras. Dato Seri Rafidah Aziz turut membangkitkan peranan yang dimainkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan anak beliau, Kamaluddin.

3. Begitu keras bahasa yang digunakan hinggakan muka Abdullah berubah. Beliau nampak tertekan dengan desakan ahli majlis apabila Dato Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa menjadi penyelamat Abdullah, menghentikan mesyuarat. Najib berjanji untuk bercakap dengan Abdullah berkenaan hal ini.

4. Difahamkan ahli Majlis Tertinggi yang lain merasa tidak puas hati kerana sekali lagi perkara kontroversi yang melibatkan majlis dijadikan bahan perbincangan tertutup antara Abdullah dan Najib. Menidakkan hak majlis adalah sesuatu yang sering dilakukan Abdullah dan Najib. Mereka berdua akan membuat keputusan yang tidak pun memuaskan hati ahli majlis. Najib kemudian akan tekankan betapa pentingnya untuk bersatu dan setia kepada Presiden.

5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.

6. Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda.

7. Apabila tiba masanya untuk bertemu Najib, Abdullah sudahpun diberi taklimat oleh keluarganya tentang apa yang harus diperkatakan. Dan Najib akan terima apa sahaja keputusan Abdullah untuk meleraikan masalah yang timbul. Di dalam kes ini, Abdullah akan tetap dengan pendiriannya untuk kekal hingga Jun 2010 atau mungkin awal sedikit sebelumnya. Najib kemudian akan ditugaskan untuk "menjual" keputusan ini kepada Majlis Tertinggi. Dengan ini Najib akan lebih dipandang rendah oleh ahli majlis dan rakyat apabila sikapnya ini didedahkan kepada umum.

8. Apabila UMNO ditubuhkan, pemimpin terdahulu memastikan yang tidak akan ada keputusan-keputusan yang bercanggah dengan asas perjuangan parti dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. Apa yang terjadi kepada Dato Onn, Yang di-Pertua UMNO yang pertama merupakan contoh terbaik. Presiden tidak diturut secara buta-tuli. Sebaliknya apabila beliau mencadang sesuatu yang bercanggah dengan perjuangan parti, cadangan beliau ditolak dan sebagai seseorang yang mempunyai maruah, beliau telah mengundur diri.

9. Selama lebih kurang 50 tahun, Majlis Tertinggi memain peranan ini. Demikian apabila (Tun) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti, Majlis Tertinggi yang bersidang tidak bersetuju bulat-bulat dengan Presiden, sebaliknya bermesyuarat hingga ke awal pagi dan membuat keputusan, walau apa juga pendapat Presiden, untuk menghantar satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli kanan majlis ke London untuk memujuk Musa menerima kembali jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri. Musa bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu beliau berada di landasan yang baik untuk cuba menjatuhkan saya dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Secara kebetulan semasa berkempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau mendakwa mendapat sokongan saya.

10. Tetapi apabila Abdullah mengambil alih Presiden parti merangkap Perdana Menteri, perwatakan Majlis Tertinggi bertukar. Ianya menjadi alat peribadi Abdullah untuk melulus dan menghalalkan apa sahaja yang beliau buat.

11. Saya percaya pada hari Khamis keadaan ini telah berubah sedikit. Beberapa orang ahli telah berani meyuarakan desakan supaya Abdullah melepas jawatan awal. Sudah tentulah penyokongnya tidak beralih arah. Demikian ada kemungkinan majlis pecah dua.

12. Saya rasa ini merisaukan Najib yang hendakkan peralihan kuasa secara aman supaya parti tidak pecah-belah. Oleh itu dia akan terima apa sahaja cadangan yang membenarkan Abdullah lepaskan jawatan dengan penuh kegemilangan.

13. Malangnya Najib tidak akan capai impiannya. Tidak pernah ada Presiden UMNO yang begitu sekali dibenci rakyat seperti Abdullah. Melayu, Cina dan India, samada ahli parti komponen Kerajaan mahupun penyokongnya atau rakyat kebanyakan kesemuanya mahukan Abdullah mengundur diri. Lagi cepat lagi baik.

14. Yang mahukan beliau terus pegang jawatan adalah mereka yang kedudukan mereka bergantung kepadanya, atau mereka yang mendapt untung daripada pemberian kontrak dan sebagainya oleh beliau. Bagi sesetengah yang lain, termasuk kakitangan awam, hanya ketakutan terhadapnya yang menyebabkan mereka tidak mahu bersuara tetapi mereka tetap marah.

15. Yang peliknya ialah yang benar-benar menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang. Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat hendakkan beliau (Abdullah) kekal sekurang-kurangnya hingga pilihanraya akan datang.

16. Tetapi ini bukanlah kerana mereka sayang kepadanya tetapi kerana mereka percaya dengan beliau mengepalai Barisan Nasional, pembangkang mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihanraya umum ke-13 dan mendirikan Kerajaan. Mereka rasakan yang mereka hampir mencapai matlamat mereka dan tidak mahu golongan yang memberontak di dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP kembali kepada parti dan menyukarkan usaha mereka untuk kalahkan BN.

17. Begitulah Majlis Tertinggi yang tidakpun lagi tinggi.