PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

03 September 2008

TAAT SETIA...

posted by OfficeBoyTingkat4 @ Friday, August 29, 2008

Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.
Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.

Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Petikan dari Utusan Malaysia hari ini telah meperlihatkan akujanji taat setia 20 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk kekal di dalam BN.Jika mereka yang seramai 20 orang ini berpegang pada akujanji mereka, maka Pakatan Rakyat tidak akan dapat memancing mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menakluki Putrajaya.

Berapakah jumlah keseluruhan ahli parlimen yang mewakili BN Sabah dan Sarawak sekarang? Adakah hanya berjumlah 20 orang sahaja?

Berikut dinyatakan pecahan ahli parlimen di Sabah dan Sarawak :

SABAH
Jumlah kerusi : 25
BN : 24 DAP : 1

SARAWAK
Jumlah Kerusi : 31
BN : 30 DAP : 1

Jumlah keseluruhan ahli parlimen yang mewakli BN bagi Sabah dan Sarawak = 54.

Jika hanya 20 sahaja ahli parlimen yang membuat akujanji untuk kekal dengan BN, bagaimana dengan baki sebanyak 34 lagi?Adakah baki ahli parlimen yang berjumlah 34 orang ini tidak ingin membuat akujanji taat setia kepada BN kerana mereka telah hilang keyakinan kepada BN?

Andaikan baki 34 orang ahli parlimen ini akan menyertai 3P dicampur dengan sebilangan lagi ahli UMNO di Semenanjung, dicampur lagi dengan MCA dan Gerakan yang telah menunjukkan sikap tidak senangnya dengan UMNO dan BN sejak akhir akhir ini,maka projek 3p bukanlah satu angan angan kosong. Ianya adalah satu kemungkinan yang tidak boleh dinafikan akan berlaku dalam jangka masa terdekat.

Dakwaan yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat hanya mempunyai angan angan kosong ada lah satu dakwaan bagi menyedapkan hati kepimpinan BN sahaja sedangkan hakikatnya tidak sebegitu.

Tidak mustahil juga kerajaan baru pimpinan DSAI akan menjadi kerajaan yang kukuh dengan majoriti 2/3 di parlimen kelak.

Jika kita sensitif dengan persekitaran iklim politik BN, nescaya akan dapat dikesan bahawa jika berlaku seakan gerak gempur penafian akan kejadian yang belum berlaku, itu adalah satu petanda bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku sebenarnya.

Saban hari media pro BN cuba mendendangkan penafian demi penafian akan berlaku perpindahan secara en-block oleh ahli parlimen yang mewakili BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Jika kepimpinan BN punya keyakinan bahawa tiada akan berlaku senario perpindahan secara besar besaran ini maka media tidak akan digerakkan sebegini rupa.

No comments: