PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

26 June 2008

Pertubuhan Cawangan Orang Asli Pertama di Kg. Bantal

Bahagian Cameron Highlands telah berjaya menubuh Cawangan Orang Asli yang pertama di Kampung Bantal, Sg. Serau, Kuala Lipis pada 21/06/2008 (Sabtu).

40 orang penduduk di Kampung Bantal telah daftar sebagai ahli selepas taklimat diberi oleh Setiausaha Bahagian - Sdr Syamsul Arman Yap, Ketua Wanita - Sdri Siti Zainab Zainuddin dan Ketua Biro Hal Ehwal - Sdr Omor Ali Othman.

Tok Batin Kampung, Sdr Alang bin Jabok telah dilantik sebagai Ketua Cawangan.

Berikut Gambar-gambar atas Perjalanan ke Kampung Bantal dan Keadaan semasa bersama penduduk-penduduk:

Jalan Tanah Merah yang kami melalui selama 40 min sebelum sampai di Kampung Bantal

Berterima kasih atas aktiviti Perbalakan di Kawasan Sg Serau supaya penduduk-penduduk orang asli dapat menikmati Kemudahan Tanah Merah tersebut. Sebelum ini penduduk orang asli mengembara dengan saluran sungai sahaja.

Rumah yang masih dibuat oleh papan, buluh dan atap diduduk oleh orang asli di Kampung Bantal

Suasana Orang Asli yang begitu mesra semasa pertibaan lawatan kami

Penduduk tengah menikmati makanan & minuman yang kami sediakan

Gambar bersama AJK Bahagian dan sebahagian AJK Cawangan selepas Pertubuhan Cawangan Kg. Bantal.... Biasanya orang asli adalah "photo shy"...

06 June 2008

Himpunan Rakyat Negeri Selangor “Menuju Harapan Baru”

Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)

Permit: LULUS

ISU-ISU:
1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT

Penceramah:

YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)

Hubungi: Razali 016-2611389