PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

25 April 2008

PERASMIAN PEMBUKAAN CAWANGAN PKR RINGLET, TANAH RATA DAN KG RAJA BAHAGIAN PKR C HIGHLAND

24 APRIL 2008

Perasmian pembukaan Cawangan PKR Ringlet, Tanah Rata dan Kg Raja oleh Sdr Zakaria Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang di Tanah Rata, Cameron Highland. Ianya dihadiri oleh lebih 100 orang ahli baru PKR, bekas calun DAP Parlimen Cameron Highland PRU12 dan rakan-rakan dari PSM.

Mesyuarat perlantikan jawatan kuasa setiap cawangan di atas akan diadakan pada 11 Mei 2008 di Ringlet, Tanah Rata dan Kg Raja. Untuk mereka yang berminat untuk menyertai sila hubungi Sdr Mani no. tel: 016 4141125 dan Setiausaha Bahagian PKR Cameron Highland iaitu Sdr Arman Yap no. tel: 012 303 3585.

4 comments:

? said...

SELAMAT BERINTERAKSI BERSAMA RAKYAT

? said...

BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib
Posted on Friday, April 25 @ 15:08:49 MYT by greenboc

Berita Oleh BERNAMA

APUTRAJAYA 25 April — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”

“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”

“Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.”

? said...

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar


Nabila Abdullah


PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.



"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya. Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.



Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya. Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu. Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi, ujarnya. "Mangsa sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.
Posted by Pok Dik 0 comments Links to this post

raja said...

terima kasih dan selamat berjuang untuk malaysia baru