28 Julai 2008 - Laporan kesihatan yang didedahkan hari ini mengesahkan apa yang selama ini kita percaya - bahawa tuduhan terhadap Anwar Ibrahim tidak mempunyai merit dan didasari kepentingan politik.
Kami amat perihatin dan bimbang dengan sesetengah laporan yang mengatakan pihak polis telah mengambil masa selama tiga hari untuk mencatat keterangan dari Doktor tersebut dan beliau serta keluarga sekarang ini sedang bersembunyi. Kami menuntut jaminan diberikan demi keselamatan dan perlindungan beliau.
Kewujudan laporan ini pasti akan mengikis sebarang keyakinan orang ramai terhadap laporan polis yang difailkan terhadap Anwar Ibrahim, laporan yang masih diselubungi kerahsiaan. Mengapa laporan kesihatan ini baru mulai muncul hari ini, hanya selepas satu bulan tuduhan dibuat, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermalam di dalam penjara, dan hanya selepas pihak polis membelanjakan sebegitu banyak wang dan masa demi kes ini?
Mestilah didedahkan semua fakta berkaitan kes ini kepada umum. Jika tidak kami percaya rakyat akan hilang keyakinan dengan institusi-institusi awam di negara ini terutamanya integriti pejabat Ketua Polis Negara.
Sebagaimana rakyat Malaysia lainnya kami sedang memerhati sebarang perkembangan kes ini dengan hati-hati - dengan harapan negara ini akan dapat meninggalkan saat jelik ini dalam lipatan sejarah dan mula melangkah ke hadapan.
PKR amat komited untuk melangkah ke hadapan bersama rakan-rakan DAP dan PAS untuk membentuk agenda ekonomi baru, bersama menyelesaikan masalah serius yang dihadapi oleh rakyat seluruhnya terutamanya kenaikan harga yang mendadak, pengangguran dan kadar jenayah yang tinggi.
Prospek buat perubahan mengambil tempat semakin kuat apatah lagi dengan kemungkinan yang amat besar bagi Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama dalam jangka masa 10 tahun ini.
SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
--------------------------------------------------------------------------------
28 July 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment