PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

22 July 2008

Semangat Rakyat di Kg Razali, Kuantan, Pahang


by: Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ribuan berhimpun di Kampung Razali, Kuantan untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Saya turut tegaskan adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan institusi kehakiman kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sudah enam kali sampel diambil sepanjang saya dipenjara. Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup dan boleh digunakan walau untuk tempoh 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya!

Usah zalimi rakyat tanpa bicara! Jangan paksa pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Keresahan semakin membelenggu bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat rakus kuasa sanggup memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

No comments: