PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

16 September 2008

Press Statement by Dato' Seri Anwar Ibrahim, 16 September 2008

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008

Today Malaysians celebrate Malaysia day – the day our country became whole and our people become united. This day has a new meaning. After years of struggle, after fighting against a system that is corrupt and unjust—we affirm that victory is finally at hand. Our vision of rebuilding this country and bringing its people together, as the founding fathers envisioned, is within reach.

The economy is in turmoil with runaway inflation and joblessness creating widespread discontent. Racial tensions have been rising, exacerbated by the propaganda spread in the government owned mainstream media. The administration has offered no vision to steer the nation out of this quagmire and there is manifest erosion in confidence in the current government.

We in Pakatan Rakyat believe we can save Malaysia from economic ruin and the dangerous politics of racism. We will do so prudently, legally and in doing so we will not jeopardize the security and stability of the country and the safety of its people.

We have received firm commitments from members of Parliament in excess of the number required to form a new government, and our government will reflect the diverse makeup of Malaysian society.

It has been our concern to ensure a peaceful transition of power. We do not wish to see a repeat of what transpired in the Selangor and Perak State governments, where following the victory of Pakatan Rakyat on March 8th, documents were shredded and removed by the outgoing administration.

We furthermore advise radical elements within BN against the abuse of state power to unlawfully harass and detain our supporters. The immediate investigation by the ACA of Dato Seri Yong Teck Lee after the announcement by SAPP of its intention to move a motion of no-confidence against Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi is another example of the tactics we reject. The use of the ISA, as has happened to MP Teresa Kok, would be an unlawful impediment to the transition process.

In light these serious concerns, yesterday leaders of Pakatan Rakyat sent a letter to the Prime Minister at 2:30 PM requesting a meeting to discuss the future course of the nation's leadership and to seek his assurance on the following important matters:


1) That the BN shall not hinder or prevent their BN MPs from acting in accordance with their conscience, constitutional rights and independent judgment;

2) That the BN government shall not invoke the Internal Security Act to detain any of the MPs who will join Pakatan Rakyat, or any of the present 82 Pakatan Rakyat MPs;

3) That the BN government shall not invoke emergency or police powers, or suspend the constitution, or dissolve parliament in response to our intention to form a new government;

4) That the Barisan Nasional government shall not impose road-blocks and impede the MPs from gaining access to the House of Parliament and the institutions of government.


We believe the Prime Minister will share Pakatan Rakyat's concerns for the welfare of the people and security of the nation. We are confident he will ensure the BN will act constitutionally and democratically to ensure that the transition will be peaceful, and there will be no actions taken to sabotage the wishes of the people or play on racial tensions in the country.

We appeal to all quarters in Malaysian society to understand our intentions are for the betterment of Malaysian society. The mainstream media, in particular, should accept the reality of these historic times and report fairly, accurately and without bias. The irresponsible tact that is used by the media to obfuscate issues, attack opposition supporters and instigate racial tensions must end immediately.

Following our meeting with the Prime Minister we intend to proceed within the framework established by the Federal Constitution in the formation of a new government, with the assent of the Yang di-Pertuan Agong.


ANWAR IBRAHIM
Leader of Opposition
De-facto Leader, Keadilan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda  dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.
 
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
 
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
 
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
 
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
 
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
 
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
 
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
 

1)     Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.

2)     BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3)     Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.

4)     Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.


Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
 
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.  
 
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
 
 
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

No comments: