PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

23 November 2008

URUN HARGA MINYAK KE PARAS LEBIH RENDAH DARI RM2.00/liter

by Pahangdaily

Minyak Turun Ke Paras RM2.00 Seliter, Maka Kenyataan Anwar Terbukti Jua Akhirnya !

Pada 3 Ogos lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyatakan dalam kempennya di Permatang Pauh "Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter,". Maka itu berita penurunan harga minyak hingga ke paras RM2.00 seliter hari ini sesungguhnya amat melegakan rakyat di seluruh negara. Terbukti janji itu terlaksana jua akhirnya. Memang sudah lama ia dinantikan, biarpun kerajaan BN nampak begitu liat untuk melakukan tindakan sebelum ini. Kini segalanya sudah terbukti, bahawa harga minyak boleh diturunkan mengikut pasaran semasa global. Kenapa ini tidak dilakukan sejak dulu lagi?. Selama ini rakyat terus tersiksa menanggung derita. Terpaksa menerima segala ketentuan tanpa ada sesiapa yang menghalang. Kerajaan begitu rakus menggunakan kuasa yang ada untuk menekan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka. Kuasa yang diberikan dalam setiap kali musim pilihanraya telah diselewengkan sewenang-wenangnya. Laungan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah retorik politik semata-mata. sebaliknya pabila sudah berkuasa, maka merekalah raja dan tidak mahu langsung mengambil kira rintihan rakyat jelata. Ini berlaku sejak sekian lama, biarpun berbagai desakan diajukan agar rakyat dibela. Namun mereka hanya pekakkan telinga dan berdiam sahaja.

Namun, sejak keputusan pilihanraya umum ke-12 memperlihatkan kematangan rakyat dalam membuat keputusan. Maka mulalah mereka menggelabah dan tidak keruan. Hilang lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Bahkan lebih parah lagi majoriti 2/3 di parlimen dinafikan. semua itu adalah "kuasa rakyat". Kerana "Rakyat Adalah Hakim Negara"!. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, harus sedar bahawa perubahan bakal terlaksana jua akhirnya. Mereka tidak boleh sampai bila-bila menyuap duit dan menaburkan janji manis kepada rakyat. Kini rakyat sudah bijak melihat apa yang berlaku dihadapan. Lantaran itulah berlaku "Tsunami Politik" yang begitu meruntun jiwa raga puak-puak UMNO dan BN selama ini. Kita sangkakan mereka akan insaf dengan segala apa yang berlaku. Namun, nampaknya mereka masih terus ingin menunjukkan kuasa dan melakukan amalan "rasuah" dan "penyelewengan" yang berterusan. Buktinya, hampir 900 laporan politik wang diterima oleh Lembaga Displin UMNO semasa pemilihan parti karat itu baru-baru ini.

Kini, rakyat boleh menarik nafas lega. Apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini nampaknya dilakukan oleh kerajaan atas nama "prihatin" nasib rakyat. Maka terbaru mereka menurunkan harga minyak buat kali kelima ke paras RM2.00 seliter. Khabarnya ia sekali lagi akan diturunkan menjelang penghujung bulan November ini. Sesungguhnya, inilah berita yang paling menggembirakan rakyat sebenarnya. Namun, rakyat harus sedar kenapa kerajaan tiba-tiba mengemukakan "Bajet Prihatin", memberikan diskaun Tol 10% dan menurunkan harga minyak ini sebenarnya. Semua ini dilakukan atas kerana "suara rakyat" sendiri. Rakyat yang membuat perubahan untuk mengajar pemimpin yang "kurang ajar" dan "celupar". Pemimpin yang menyeleweng, rasuh, korupsi dan khianat amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Akhirnya rakyat menghantar 82 orang ahli parlimen yang mewakili mereka sebenarnya ke parlimen. Jika diharapkan kepada Ahli Parlimen BN yang ada, mereka itu semuanya adalah "Pak Angguk" macam "Burung Kakak Tua" semata-mata. Fungsi mereka hanyalah membawa pembangunan kepada rakyat tanpa mahu mendengar rintihan rakyat. Mereka pentingkan "Periuk Nasi" masing-masing. Bila pembangunan dan projek dibawa, pasti ada komisyen yang akan diperolehi. Maka itu, jika banyak pembangunan dibawa semakin tebal kantung mereka. Inilah kerja puak-puak UMNO dan BN selama ini. Rintihan rakyat dianggap remeh-temeh dan tidak diendahkan. Mereka tahu, rakyat dikawasan mereka bukannya tahu apa yang berlaku dalam parlimen.

Justeru itulah, pemimpin sebegini akan menyokong segala usul dan cadangan yang jelas mengadaikan serta memperjudikan nasib rakyat. Termasuklah menyokong kenaikan minyak petrol selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Atas alasan pasaran minyak global naik. Maka, untuk memperbetulkan keadaan itu akhirnya satu debat khas telah diadakan. "Debat Isu Minyak" anjuran Agenda Daily antara Menteri Penerangan, Shabery Cheek dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Berjuta rakyat Malaysia seluruh negara menyaksikan siaran langsung itu. Program berkenaan mendapat rating penonton yang begitu tinggi. Namun, jelas sekali dapat dilihat bahawa Shabery Cheek bukanlah lawan Anwar Ibrahim. "Jauh Panggang Dari Api" dan "Macam Langit Dengan Bumi" adaiannya. Budak mentah seperti Shabery hanya layak berdebat di kedai kopi sahaja. Cakap yang tiada fakta, lebih banyak menghentam peribadi, lari dari isu dan hingga berbuih-buih mulut dibuatnya untuk mempertahankan benang yang basah.

Maka akhirnya, dengan sombong dan bongkaknya mendabik dada kononnya jika beliau kalah dalam debat itu beliau rela letak jawatan. Beliau mempertahankan kerajaan atas isu kenaikan harga minyak, dan tidak bersetuju dengan Anwar jika minyak global turun maka minyak di Malaysia juga perlu turun mengikut pasaran semasa. Macam-macam alasan "bangang" diberikan untuk menyokong hujjahnya itu, ditambah lagi dengan kehadiran "Talian Hayat" Nordin Kardi NC UUM (foto) dan bekas orang kuat Biro Tata Negara. Mereka semua tidak layak untuk berhujjah menentang Anwar sebenarnya. Kebodohan mereka terserlah kerana mempertahankan "apa yang dibenci oleh rakyat". Malahan juga jika ditanya kepada keluarga dan sanak saudara Sahebery Cheek di Kemaman sendiri pun, kita yakin mereka tidak suka minyak naik harga begitu tinggi seperti itu. Maka, apa yang mahu dipertahankan oleh Shabery? Beliau hanya menjadi "kambing hitam" untuk menyokong sesuatu perbuatan "jahat" yang cuba ingin ditutupnya. Maka akhirnya Shabery sebenarnya sudah "tewas" dengan pukulan "TKO". Tapi hingga ke hari ini beliau masih pegang jawatan. Maruahnya memang sudah tercalar dan jatuh sebenarnya. Itulah Shabery Cheek, bekas pemimpin muda Parti Melayu Semangat 46 yang kini berlagak mahu menjadi pendekar UMNO. Hingga kini, kelibat beliau sudah tidak sehebat dulu lagi. Mungkin malu agaknya dengan apa yang terjadi.

Dan kini, pabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Samad (foto) mengumumkan penurunan harga minyak petrol je paras RM2.00 seliter Selasa lalu. Rakyat bertepuk tangan dan mengucapkan syukur atas apa yang berlaku. Sesungguhnya, benarlah kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa "Jika hari ini kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, maka hari esok kita akan turunkan harga minyak kepada RM2.00!!". Inilah dia ucapan dan kenyataan Anwar masih terngiang-ngiang di halwa telingan rakyat. Apa maknanya semua ini? Maknanya, terbukti kini bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi. Biarpun belum berjaya menukar kerajaan yang ada, namun rakyat sudah menikmati limpahan nikmat yang sepatutnya dimilik sejak sekian lama. Kerajaan mula takut dan gusar dengan pengaruh Anwar, tambahan pula kini beliau adalah Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Semua ini dilakukan kerana Anwar sebenarnya. Minyak turun, bermakna terbuktilah kata-kata Anwar dalam "Debat Isu Minyak" dulu. Maka, sudah sepatutnya Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang "berbuih mulut" itu meletakkan jawatan secara terhormat kini. Beliau jelas sudah kalah sekarang! Apa ditunggu lagi?

Kita juga teringat kata-kata TPM Najib Razak (foto),yang mengeluarkan kenyataan "Jika kerajaan turunkan harga minyak mengikut pasaran semasa, maka negara ini akan bankrap". Kenyataan itu dibuat bagi menolak cadangan Anwar dalam debatnya dengan Shabery Cheek sebelum itu. Namun, kini akhirnya Najib sendiri terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Beliau sendiri yang harus menerima hakikat bahawa "Suara Rakyat Adalah Suara Keramat". Rakyat menghantar Anwar dan barisan kepimpinan yang lain ke parlimen bukan untuk bersuka ria dan menjadi "pak angguk" begitu sahaja. Biarpun pemimpin terbabit gagal untuk bersuara mengikut apa yang sepatutnya akibat dihalang oleh speaker parlimen. Namun, ianya sudah cukup untuk menggusarkan kerajaan dan pemimpin yang ada atas segala isu-isu rakyat yang dibawa. Akhirnya kerajaan terpaksa akur dan mengikut kehendak mereka. Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Maka itu kita yakin, dengan senario yang berlaku sekarang ini sudah pasti perubahan kerajaan yang diharapkan akan terlaksana jua akhirnya bila-bila masa. Kepada seluruh rakyat, teruskan perjuangan dan yakinkan semua untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

[Menarik juga melihat isu ini. Biarpun "Misi 16 September" digagalkan, namun Anwar berjaya juga memaksa kerajaan menurunkan harga minyak ke paras "RM2.00 seliter". Maknanya, kehebatan dan kekuasaan itu tidak semestinya dengan memegang tampuk pemerintahan. Cukup dengan melihat kelibatnya sahaja, kerajaan sudah "gabra" dan "tidak duduk diam". Sebab itulah kita lihat Najib Razak tidak membenarkan sesiapa menyoal ketika beliau menggulung pembentangan bajet 2009 yang dikatakan "Ransangan Fiskal" dulu. Rupanya beliau juga takut dengan segala soalan yang bakal dikemukan oleh para pemimpin pembangkang. Maka itu, rakyat harus menjadikan semua ini sebagai ikhtibar untuk kita berjuang demi mempertahankan maruah rakyat pada masa akan datang].

No comments: