PERBAHASAN LANGSUNG DARI PARLIMEN MALAYSIA

19 July 2008

Keajaiban Sistem Perundangan Di Malaysia


by Office Boy Tingkat 4
KES 1:

PENGADU:
Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23thn, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Dato' Seri Anwar pada 26 Jun lalu. Kes ini mendapat liputan meluas semua media samada dalam atau luar negeri.

YG DITUDUH:
Dato' Seri Anwar Ibrahim, 62thn, telah di tangkap dan di tuduh di bawah seksyen 337A kanun keseksaan. Dibebaskan tanpa dilepaskan dari pertuduhan.

KES 2:

PENGADU:
Raja Petra membuat akuan berkanun yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra Kamarudin ditangkap atas tuduhan memfitnah dibawah seksyen 500 kanun keseksaan.

YG DITUDUH:
Masih bebas bershopping.

PERSOALAN:
1) Kenapa pihak polis masih gagal mengeluarkan salinan repot yang berharga RM2 pengadu kes liwat kepada tertuduh? Adalah menjadi hak tertuduh untuk mendapatkan salinan repot tersebut. Hak ini dinafikan. Ada kemungkinan salinan repot ini akan diubahsuai selepas pihak polis meneliti keterangan tertuduh kepada pihak polis.

2) Altantuya telah terbukti mati dengan cara pengeboman C4. Panggillah pakar dari dunia mana pun, Altantuya memang telah mati. RPK berkeyakinan ada pengaruh atasan yang memungkin Altantuya dibunuh sebegitu rupa. RPK kemudian membuat akuan bersumpah atas keyakinan beliau. Tertuduh tidak pula ditahan untuk siasatan lanjut, malahan pengadu pula yang ditahan reman.

Adakah ini ulangan kes Tan Sri Rahim Thamby Chik dan YB Lim Guan Eng dimana RTC sebagai OKT bebas, manakala LGE yang membela mangsa rogol yang memang terbukti telah dirogol, telah dipenjarakan.

Pelik dan ajaib hukum kanun Malaysia.

Foram Kaum Cina di Ringlet, CH pada 12 Julai 2008





Foram yang bertajuk "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA" bermula pada pukul 8.30 hingga 11.30 mlm dengan dihadiri lebih dari 300 orang masyarakat di sekitar CH bertujuan untuk memberi penerangan situasi politik semasa dan prinsip perpaduan kaum di Malaysia.

Ahli foram adalah terdiri dari:
1. YB Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden KeADILan Malaysia, Ahli Parlimen Gopeng, Perak
2. YB Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai, Perak
3. Sdr Tan Wei Mun, Exco AMK Pusat

Pengerusi foram adalah:
Sdr Syamsul Arman bin Yap, Setiausaha KeADILan CH

Anjuran oleh:
1. Cawangan KeAILan Ringlet
2. Cawangan KeADILan Kg. Raja
3. Cawangan KeADILan Tanah Rata

18 July 2008

Jadual Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim 18 – 26 Julai 2008


1) Tarikh: 18hb. Julai 2008 (Jumaat)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Melaka:


9.00 pm - Ceramah di Batu 5 1/2, Cheng
10.30 pm - Ceramah Perdana di Dataran Hamas, Jasin

Untuk Dihubungi:
En. Kolonel Hashim (Cheng)
Tel: 012-2572262
Mahani (Jasin)
Tel: 012-9721559

2) Tarikh: 19hb. Julai 2008 (Sabtu)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Pahang:


9.00 pm - Ceramah Perdana di Kampung Razali Kuantan
Penceramah oleh: DSAI, Azmin Ali, Anthony Loke, Fuziah Saleh, Azan Ismail

Untuk Dihubungi:
En. Zakaria
Perhubungan PKR Negeri Pahang
Tel: 019-2340997
En.Hasanin
Tel: 016-9221803

3) Tarikh: 20hb. Julai 2008 (Ahad)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Johor:


10.00 pm - Ceramah Perdana di Parit Raja, Batu Pahat

Untuk Dihubungi:
En.Anuar Bin Ali
Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Johor
Tel: 019-7221424

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Anwar: Jika Polis Profesional, Kes Ini Ditutup


Jumaat, 18 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 17 Julai (SK): Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yakin tuduhan yang dibuat ke atas beliau oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak berasas sama sekali sekiranya pihak polis menjalankan penyiasatan kes dengan professional dan telus.

“Jika polis menjalankan siasatan secara professional, kes ini tutup,” tegas beliau disidang akhbar pertama di rumahnya selepas dibebaskan pada hari Khamis pukul 9.40 pagi atas jaminan polis.

Beliau ditahan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu kira-kira pukul 1 tengahari dan terus dibawa oleh pasukan polis seramai 20 orang ke IPK KL untuk mengambil mengambil keterangan beliau.

Polis dijangka mengambil keterangan dari Anwar sekali lagi pada 18 Ogos ini di IPK KL pukul 9 pagi.

Anwar juga turut menyelar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin di atas sikap angkuh dan kenyataan beliau yang dianggap satu pembohongan.

Mohd Bakri sebelum ini memberi gambaran seolah-olah Anwar enggan ke IPK setelah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sebelah pagi hari beliau ditahan.

“Bakri bercakap dengan penuh keangkuhan seperti Ketua Polis Negara pada 1998.
“Sebagai pegawai kanan polis beliau tidak boleh berbohong setelah pihak kami memberi perakuan kepada polis untuk datang ke IPK memberi keterangan,” kata Anwar lagi.

Mengenai pengambilan DNA beliau, Anwar berkata pihak polis sudah pun mengambil sampel darahnya secara paksa dari simpanan Hospital Kuala Lumpur pada 1998.

“Saya enggan memberi sampel darah saya kepada polis atas nasihat peguam dan pakar perubatan.

Pagi Rabu lalu Anwar memberikan keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan laporan polisnya pada 1 Jun terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar mengemukakan kepada BPR keterangan dan semua bukti berhubung dakwaan pemalsuan, melenyapkan fakta dan pemalsuan laporan doktor forensik yang dakwa beliau didalangi oleh Abdul Gani dan Musa.

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.



17 July 2008

Sidang Akhbar DSAI


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), yang ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) yang juga Presiden PKR, ketika mengadakan sidang media di rumah beliau di Bukit Segambut, hari ini.

“Perkara paling mudah dilakukan ialah memberikan (sampel) DNA dan biar pakar melakukan ujian ke atas sampel itu kerana DNA tidak menipu, kenapa perlu bimbang? Biar mereka siasat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Bhairan Soalnya ... berapa banyak kali mau bikin, siapa yang bikin dan mau bikin apa dengan DNA?

Menurut DS Anwar, ada pihak yang sengaja mencipta bukti berdasarkan kejadian pada tahun 1998, Menurutnya .....

Anwar told a press conference at his home that he believed fabrication of DNA evidence was possible because of the 1998 false allegation of sodomy and because his accuser (Mohd Saiful Bukhari Azlan) was still under police custody.

“I have my reasons, based on the advice of my lawyers and local and foreign DNA experts. My DNA sample is already with the police. Secondly, the accuser is in police custody. Anything can happen. Why the need for DNA from me?

“In the 1998-99 case, the blood sample was forcefully taken from HKL on the instruction of Musa Hasan, according to the testimony of Dr Zahari. There was an attempt to fabricate. When we exposed it, the charge was withdrawn,” he said. - NSt

16 July 2008

Anwar ditahan polis bertopeng - 16 Julai 2008 1:15pm


kemaskini 3:59pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur. Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan. Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu. Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit. Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang. Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama. Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh. Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari. Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat. Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air. Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang. Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut. Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.

Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut". Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar. Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini. Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya. (Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)

13 July 2008

The Cult called PKR

From Malaysia Today, 13 July 2008

When the ‘Dirty Dozen’ left PKR to rejoin Umno just before the 2004 general election, everyone knew that Ezam and Najib were behind this move. Of course no one said anything about Ezam’s role.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

It is not surprising that one-time PKR youth leader Ezam Mohd Noor rejoined Umno. What is surprising is that he waited until after the 8 March 2008 general election to do so. Long before 8 March, Ezam had already been flirting with Umno. In fact, it was an open secret that Tun Daim Zainuddin was financing his NGO, Gerak. And Daim is behind Najib Tun Razak -- so it was the Deputy Prime Minister and not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi who was instrumental in Ezam rejoining Umno.

Actually, most people already knew that Ezam was about to take that final plunge. Photographs of him with Muhammad son of Muhammad and Aziz Shamsuddin, etc., had been floating around the Internet for a couple of years -- even during the time when Anwar Ibrahim was still in jail. The problem at that time, though, was that Ezam was PKR’s blue-eyed boy, the darling of the party, and any negative comments about Ezam, or Azmin Ali for that matter, was considered a treacherous act. You are a traitor to the cause, a traitor to PKR, a traitor to the opposition, a traitor to the Malay race, and a traitor to the entire nation -- all in one -- if you badmouth one of the PKR darlings.

That is the trouble with PKR. They dabble in cult personalities. When you are the current hot favourite, the flavour of the day, even your fart smells sweet. But once you fall out of favour then they even curse your poor innocent mother who has nothing to do with your political business and does not even know what is going on.

The PKR crowd is one emotional group of people. I suspect that if Anwar was to order them to commit mass suicide they might just do so. And that is dangerous, as time and time again history has proven. If Anwar could get a religious scholar somewhere in the world to come out with a fatwah (religious decree) that if you die for PKR you will go straight to heaven where 70 virgins are waiting for you, I bet we will not be short of candidates who will volunteer to undertake suicide missions.

Whether it is Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, Azmin, or Ezam, they all have their cult followers. The PKR people revere their idols and appear to lose their senses when in the presence of these demigods. So how to tell these PKR herds that Ezam is not what he appears to be and that he is a plant, a Trojan Horse, a termite meant to weaken the ranks of PKR? Try doing that and you will get a beer bottle broken on your head. So it was best to just keep quiet and watch. Time would reveal the truth. And, true enough, the truth has now been revealed.

I remember when I was once the sub-editor of the party newspaper, Suara Keadilan, and I published a letter from a reader that criticised PKR’s Youth Movement. The letter was about the high-handed manner the Youth Movement ‘security squad’ handled the crowd. Even Tun Dr Mahathir Mohamad, when he was still Prime Minister, was not that well-guarded and his security team did not push and shove the crowd the way the PKR Youth boys did.

It was not my comment. It was a letter from a reader and I allowed it to get published. Wow, you should have seen the SMSess I received. The PKR Youth boys cursed me and one of Ezam’s ‘groupies’, Jo, even challenged me to a boxing match. I was having dinner with Johari Abdul and Dato’ Kamarul at that time and I showed them the SMS.

The next day I turned up at the party headquarters in Shah Alam where PKR Youth was having its monthly meeting. I waited at the bottom of the stairs for Jo to see if he really wanted to Kungfu me. Okay, he may be half my age, but I could still deliver a punch that can floor someone 30 years younger than me. Jo walked up to me and I was ready with clenched fists. Only one of us was going to walk away from this fisticuff and I had planned that that would be me. Instead, Jo reached out to shake my hand and he apologised, so I allowed the matter to end there.

Yes, you can criticise Islam. They will allow you to get away with that. But try criticising Ezam or PKR’s Youth Movement and all hell will break loose. Look at what happened to Lokman Adam. He too revealed a lot of dirt on Ezam and they threw him out of the party. Lokman is a good man. He is fearless and would sacrifice his freedom for the party, which he did when he was detained under the Internal Security Act for 26 months in April 2001. But make one negative comment about Ezam or the Youth Movement and you are history.

While on the subject of Lokman, one day, while covering a demonstration in front of the Dang Wangi Police Station along what used to be called Campbell Road, Bakri Zinin, the then OCPD who is now the CID Director, arrested me. I was taking photos at that time when Bakri grabbed me by the neck and asked me where I was from. I replied that I was from Seruan Keadilan and he ordered one of his men to immediately arrest me.

As I was being dragged into the police station I shouted out to Lokman that I was being arrested. Lokman pushed the police officer and he fell to the ground. I almost fell as well but Lokman grabbed me to prevent me from hitting the tarmac. I was too shocked to react. I mean; there was this police officer sprawled on the road trying to get up as quickly as he could and I did not know what I should do. Lokman shouted at me to run and I did, with the hapless police officer hot on my heels.

I escaped and five minutes later sneaked back into the crowd and took all the photos I needed while making sure that Bakri did not spot me. Lokman stood in front of the police station gate and refused to move even when they threatened to arrest him. He wanted to make sure that no one got arrested that day and he was going to stand guard in front of the police station. Yes, there used to be three of them -- Lokman, Tian Chua and Gobalakrishnan -- one Malay, one Chinese and one Indian loose cannon. Today there are only two left.

But Lokman was thrown out of the party not because he did not do his job but because he criticised Ezam and the Youth Movement. Ezam and the Youth Movement can do no wrong. Even their fart smells sweet. And if you criticise them you are dead meat. So no one says anything even though everyone knows the inner dark secrets of Ezam and his Youth Movement.

When the ‘Dirty Dozen’ left PKR to rejoin Umno just before the 2004 general election, everyone knew that Ezam and Najib were behind this move. Of course no one said anything about Ezam’s role. They cursed the Dirty Dozen and called them traitors who sold out for money. But no one dared say that Ezam was behind the Dirty Dozen rejoining Umno. To do so would incur the wrath of the entire party. So everyone kept quiet and did not mention Ezam’s name. They focused on cursing the Dirty Dozen and kept Ezam’s name out of it while in their hearts they knew that this was merely Ezam’s first move in his eventual re-entry into Umno.

Yes, cults are dangerous. If there is one thing that will be the death of PKR it will be the cult culture. People refuse to see things for what they are. Common sense no longer prevails when you look at things from the angle of cults. And Ezam was one such cult figure. And Ezam could do no wrong. Even when Lokman revealed the truth and exposed Ezam for what he is, it was Lokman and not Ezam who was punished.

Today, Lokman can look the entire PKR in the face and proudly proclaim, “I told you so!” But what good will that bring? The damage has been done. The fake Ezam has revealed his true colours while Lokman has much earlier been kicked out of the party for ‘bad-mouthing’ Ezam. Are we going to see more of this as time goes by? Will we finally see the fakes being exposed while those who had exposed them long ago were sent out to pasture?

PKR owes Lokman a huge apology. Lokman had warned the party what Ezam really is but it was Lokman instead of Ezam who was thrown out of the party. And PKR Youth has not changed. It is still high-handed as the recent ‘pesta’ at the Kelana Jaya stadium proved. But try criticising PKR Youth and see what will happen. They will send you a SMS and challenge you to a boxing match. PKR Youth is a sacred cow, which must not be criticised. And, in time, another PKR Youth leader will resign and will rejoin Umno on the excuse that Anwar is gay and has committed sodomy. And then this ‘sacred cow’ will be called all sorts of names although before this you criticised him at your own peril.

When will PKR ever learn? Ten years on and it is still so immature and can’t seem to understand that you just can’t build a party based on personality cults. And PKR will get burned many more times before it wises up. If the survival of PKR is centred on personalities, then it will not go far. Personalities come and go. And if the party’s future is tied to these personalities then the party will disappear when these personalities do.

11 July 2008

Pakatan Rakyat kemuka usul undi tidak percaya

Kuala Lumpur, 10 Julai - Pakatan Rakyat telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta jemaah menterinya.

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- Permatang Pauh) telah memfailkan usul tersebut di pejabat Speaker Dewan Rakyat pada jam 3.45 petang.

Sekiranya usul tersebut diterima, ia mungkin dibincangkan pada hari Isnin apabila sesi Parlimen bersambung selepas cuti hujung minggu. Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, usul tersebut mungkin ditolak oleh Speaker yang mempunyai kuasa untuk berdemikian atas alasan ianya bukan perkara yang perlu disegerakan.

Tambahan pula, hanya satu jam perbahasan dibenarkan untuk usul seumpama itu dan juga tiada pengundian.

Pihak pembangkang mungkin mempunyai pilihan untuk mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan Tetap 27, yang memerlukan notis 14 hari.

Bulan lalu, Parti Progreseif Sabah (SAPP) mengejutkan negara apabila berkata ia akan menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Berikut adalah Usul yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan 'Tsunami Politik' yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.”

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

09 July 2008

Siri Jelajah Anwar Ibrahim: 10-12 Julai 2008


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3,
47410 Petaling Jaya, Selagor Darul Ehsan.
Telefon: 03-78850530 Faks: 03-78850531 Emel: biropen@gmail.com
Website: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadialan.com

Siaran Media
9 Julai 2008

Siri Jelajah Anwar Ibrahim: 10-12 Julai 2008

Berikut adalah butiran Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah pada hujung minggu ini(10-12 Julai):

Negeri Sembilan
Tarikh: 10/7/2008, Khamis
Tempat: Dataran Muhibah, Kg Ismail Batu 2, Jalan Pantai, Seremban
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), YB Dato Kamaruddin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
Untuk Dihubungi: Sabaruddin 017 246 2237, Chai 016 6313232

Negeri Kelantan
Tarikh: 11/7/2008, Jumaat
Tempat: Putik, Pengkala Chepa
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), YB Datuk Husam (Adun Kijang), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)

Negeri Kedah
Tarikh: 12/7/2008, Sabtu
Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Senator Zamri Yusuf, Ustaz Azizan (MB Kedah), Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

08 July 2008

Perkiraan Tarikh Bercanggah.....


by Office Boy Tingkat 4
Ramai orang tak sedar, Saiful buat laporan pada 28 Jun 2008, dlm laporan dia telah mengaku telah diliwat pada 26 Jun 2008 (2 hari sebelum laporan dibuat). Dlm press statement, Najib ckp Saiful jumpa dia 3 hari sebelum laporan dibuat, iaitu pada 25 Jun utk mengadu bahawa dia telah diliwat.. Macam mana dia boleh mengadu dekat Najib padahal dalam laporan, dia diliwat sehari selepas dia mengadu dekat Najib...

25 Jun 2008 (3 hari sebelum laporan) - Saiful mengadu pada Najib dia telah diliwat.
26 Jun 2008 (2 hari sebelum laporan) - Saiful dikatakan diliwat
28 Jun 2008 - Saiful buat laporan dia diliwat pada 26 Jun
1 Julai 2008 - Najib cakap tak kenal Saiful. Mula2 cakap mamat tu jumpa pegawai dia je utk minta "biasiswa"
3 Julai 2008 - Najib cakap Saiful dtg ke rumah dia utk mengadu 3 hari sblm laporan dibuat...

07 July 2008

Forum Harapan Baru Untuk Malaysia

Tarikh :12/07/2008 Sabtu
Waktu :8.00 pm
Tempat :Dewan Ramai Ringlet

Speaker :
1) YB Dr. Lee Boon Chye – Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Gopeng
2) YB Chan Ming Kai – ADUN Simpang Pulai
3) Sdr. Tan Wei Wun – EXCO Angkatan Muda Pusat PKR

Pengucara :
1) Sdr. Syamsul Arman Yap – Setiausaha Bahagian Cameron Highlands

Penganjur :
1) Bahagian Cameron Highlands, PKR
2)BIRO Masyarakat PKR Perak

Tujuan :
1) Mengelakkan prinsip perpaduan antara kaum.

2) Mengadakan perjumpaan secara berforum antara pemimpin tinggi parti dengan ahli-ahli parti PKR di DUN Tanah Rata khursusnya Cawangan Ringlet, Tanah Rata dan Kg. Raja yang baru ditubuh pada bulan April~May 2008.

3) Meninjau dan mengumpul pandangan serta maklum balas dari penduduk tempatan DUN Tanah Rata khursusnya Ringlet atas isu-isu politik dan tempatan.

Nombor Telefon :
1) Sdr. Syamsul Arman Yap – 012-303 3585
2) Sdr. Tan Wei Wun – 012-505 2580

Siri Ceramah Terkini Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kuantan


Siri ceramah terkini DSAI akan diadakan pada hari sabtu 19 Julai 2008 di Pahang. KeADILan Bahagian Kuantan akan menjadi tuan rumah untuk ciri ceramah ini. Semua dijemput hadir dan hebahkan.